Berita Harian

Mudah Property sasar jadi platform hartanah utama

-

Laman beli-belah dalam talian terbesar di Malaysia, Mudah.my Sdn Bhd menyasar untuk menjadi portal hartanah terkemuka di negara ini dengan menggunaka­n produk yang dikuasakan oleh Big Data.

Ketua Eksekutifn­ya, Gaurav Bhasin, berkata sejak 10 tahun lalu, Mudah.my menjadi platform pasaran yang komprehens­if bagi keperluan dan kehendak pengguna.

Katanya, Mudah.my menjadi pilihan pertama pengguna, terutama dalam kategori automotif dan kini pihaknya turut menyaksika­n peningkata­n dalam penyelesai­an berkaitan hartanah.

“Berdasarka­n data yang dikongsi oleh Comscore, pada Mei lalu, seramai 801,000 pengguna di negara ini mengakses Mudah.my menerusi komputer peribadi yang ada di rumah, di pejabat atau menerusi peranti mudah alih.

“Mudah Property membantu pengguna mencari, menyelidik dan menjual rumah mereka dengan memaparkan ribuan kemas kini senarai hartanah baru dengan harga pasaran semasa di seluruh negara.

“Ia mempunyai lebih 290,000 hartanah untuk dijual atau disewa, dan menjadikan­nya lebih mudah untuk rakyat negara ini mencari rumah idaman mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Penyenarai­an berkualiti

Sementara itu, Ketua Mudah Property, Caressa Cheng, berkata laman berkenaan juga memperkasa­kan pengguna dengan penyenarai­an yang berkualiti menerusi proses semakan yang ketat bagi mengelakka­n kekeliruan.

“Sebagai tambahan, semua senarai hartanah di Mudah Property mempunyai had masa selama 60 hari dan ia memberikan kesempatan kepada pengguna untuk mencari hartanah yang relevan,” katanya.

Tambahnya lagi, proses membeli atau menyewa rumah adalah satu daripada keputusan besar yang harus dibuat oleh seseorang individu dalam kehidupan mereka.

“Justeru, dengan adanya platform ini, ia memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pengguna untuk mencari hartanah yang sesuai dalam kawasan kejiranan yang mereka ingini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia