Berita Harian

‘Tunggu empat, lima tahun lagi’

Raja Ilya letak syarat sebelum bersetuju ke jenjang pelamin

- Oleh Hidayah Mohammad

Phid_mohd@bh.com.my

ada usia 32 tahun, Raja Ilya memiliki segala yang diimpikan insan sebaya. Kerjaya yang semakin menyerlah dan perniagaan yang stabil, tuntutan material anak kelahiran Ipoh, Perak ini lengkap segala-galanya.

Jauh di sudut hati, masih tersimpan hasrat yang belum tertunai. Seperti wanita lain,

Raja Ilya juga mengimpika­n kehidupan berkeluarg­a, terutama apabila menjengah usia matang. Raja Ilya tidak menafikan, persoalan itu sentiasa berlegar-legar bermain di mindanya.

Hampir lima tahun menjalin cinta jarak jauh dengan jejaka warga Australia, pemilik nama Raja Ramilah Begum

Raja Mohammad itu mengakui, persoalan serius untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya juga pernah dibincangk­an.

“Sudah tentu, kami juga ingin membawa hubungan ini ke jenjang pelamin. Cuma, saya ada memberitah­u kekasih, ia tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat. Saya mahu mengejar impian dalam dunia lakonan.

“Saya minta diberikan tempoh empat atau lima tahun untuk merealisas­ikan impian mencipta nama di peringkat antarabang­sa. Saya percaya kepada jodoh dan jika memang tertulis kami akan bersama, insya-allah kami pasti hidup berdua,” katanya.

Tidak mendesak

Raja Ilya bersyukur kerana kekasihnya itu tidak pernah mendesak, apatah lagi jejaka berusia 36 tahun itu juga sibuk menyertai pelbagai kerja amal di beberapa negara. Kali terakhir bertemu ketika kekasihnya itu bercuti di Kuala Lumpur pada Januari lalu, Raja Ilya berkata, jarak tidak pernah memudarkan cinta mereka.

“Kami akan mencari masa untuk berhubung. Biasanya, panggilan telefon dan video menjadi pengubat rindu ketika berjauhan. Menerusi panggilan video juga, kami berkenalan dengan keluarga masing-masing. Dalam hal ini, saya bersyukur kerana keluarga bersikap terbuka.

“Begitu juga dengan keluarga kekasih yang menerima saya seadanya. Meskipun berbeza agama, masing-masing menghormat­i antara satu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia