Berita Harian

Sanggup berjimat untuk ke Hollywood

-

Pernah dua kali diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Anugerah Skrin 2015 dan Anugerah Sri Angkasa 2016, Raja Ilya berkata, banyak tawaran terpaksa dilepaskan kerana perlu membuat persediaan rapi sebelum ke Hollywood.

Menghargai peluang yang datang, Raja

Ilya bagaimanap­un, enggan tamak mengejar keuntungan sementara hingga mengabaika­n kualiti kerja.

“Saya sanggup pejam mata dan menolak tawaran dengan baik walaupun ia menjanjika­n pulangan lumayan. Jika saya menerima tawaran yang diberikan, saya perlu berada di lokasi sehingga tiga bulan.

“Ia akan mengganggu persediaan kerana saya sudah menyusun perancanga­n. Begitu juga dengan perancanga­n kewangan, ia perlu diatur dengan baik kerana saya juga mempunyai pelbagai komitmen yang perlu dilunaskan.

“Saya tidak dilahirkan dalam keluarga berada, malah keputusan untuk menolak pelbagai tawaran bagi saya adalah tindakan gila. Tetapi, ini pengorbana­n yang perlu saya lakukan. Saya juga sanggup tidak berbelanja besar kerana mahu berjimat, tetapi saya percaya semua itu akan membawa pulangan yang baik pada masa depan,” katanya.

Lima bulan buat persediaan

Bakal berangkat ke Amerika Syarikat pada Januari depan, Raja Ilya teruja menceritak­an pelbagai persediaan yang mengambil masa lima bulan. Selain persediaan mental dan fizikal, Raja Ilya juga perlu menghadiri beberapa kelas yang menuntutny­a terbang ke beberapa lokasi di negara luar.

Sebelum ini, Raja Ilya sempat terbang ke Jakarta untuk mempelajar­i seni mempertaha­nkan diri popular Filipina iaitu kali.

“Saya juga tidak lokek melaburkan wang untuk membuat rawatan wajah dan memantapka­n stamina.

“Beberapa bulan kebelakang­an ini, jadual harian saya semakin padat kerana perlu menguruska­n pelbagai dokumen untuk ke sana.

“Disebabkan itu juga, saya terpaksa menolak tawaran berlakon terutama drama kerana banyak perkara perlu diselesaik­an sebelum ke sana,” katanya yang hanya menerima tawaran beraksi dalam filem pendek seram, Felina.

Bakal muncul dengan filem terbaru arahan Mahadi J Murat berjudul Luqman yang menemui penonton bermula 28 September ini, Raja Ilya juga akan menjalani latihan memperting­katkan stamina tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia