Berita Harian

Idham sekadar beri sokongan

-

Sebagai pengarah berpengala­man, Ahamd Idham Ahmad Nadzri yang mempertaru­hkan tiga filem iaitu Pencuri Hati Mr Cinderella, Mat Moto Otai dan Minah Moto menyerahka­n segala-galanya kepada kebijaksan­aan juri.

Baginya, sukar untuk meramalkan peluang setiap filem terutama dari sudut penjurian yang didakwanya tidak konsisten dan sentiasa berubah-ubah.

“Sekiranya sesebuah filem dihasilkan mengikut tema dan konsep yang ditetapkan pada tahun itu, peluang untuk karya itu menyerlah lebih positif. Sekalipun menghasilk­an filem terbaik, namun tema dan konsep tidak selari dengan kemahuan juri, kita perlu akur dengan keputusan.

“Sebagai pembikin yang sudah masak dengan permainan industri. Jadi, saya hanya hadir untuk memberi sokongan dan memeriahka­n malam penghargaa­n,” katanya.

Ahmad Idham pernah meraih trofi Pengarah Harapan pada FFM16 menerusi filem

Mr Cinderella pada 2002.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia