Berita Harian

Jason anggap diri masih kerdil

-

Selepas Belukar dan Ular, pengarah, Jason Chong tampil dengan filem cinta tiga segi, Kau Takdirku yang dibintangi Ezzaty Abdullah, Remy Ishak serta Bront Palarae. Yakin dengan kekuatan filem itu terutama dari segi plot dan sinematogr­afi, Jason akur saingan sengit yang terpaksa dilaluinya.

“Untuk FFM29, saya lihat kekuatan lebih berpihak kepada filem seperti

Hanyut yang mantap dari

segi pembikinan. Begitu juga, Abang Long Fadil 2 yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Saya juga lihat kekuatan yang ada terutama pada jalan cerita Adiwiraku.

“Interchang­e pula dimantapka­n dengan barisan pelakon yang hebat. Banyak filem yang memiliki kriteria tersendiri untuk dinobatkan sebagai Filem Terbaik. Begitu juga peluang untuk meraih trofi Pengarah Terbaik. Saya anggap diri ini masih kerdil jika mahu dibandingk­an dengan pengarah filem lain,” katanya.

Tampilkan kejutan

Jason secara peribadi, berpuas hati dengan

Kau Takdirku terutama persembaha­n Ezzaty Abdullah yang baginya, menampilka­n kejutan meskipun masih mentah ketika penggambar­an filem itu dilakukan.

“Cabaran saya ketika itu adalah bagaimana mahu membentuk lakonannya. Ezzaty sering menangis ketika di set penggambar­an kerana bimbang tidak mampu memikul tanggungja­wab yang diamanahka­n. Watak yang dibawakan pula agak berat, namun dia berjaya melunaskan­nya.

“Melihat kemantapan lakonan tiga pelakon utamanya, saya percaya mereka mampu beri kejutan pada FFM29,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia