Berita Harian

Hasrat angkat pelakon baharu tercapai

-

Bagi pengarah Hijabsta

Ballet, Syed Zulkifli Syed Masir, filem itu tetap memiliki kekuatan tersendiri meskipun jumlah kutipannya kurang memberangs­angkan. Mesra disapa Syed Zul Tojo, filem lakonan Maimun Puteh, Betty Banafe dan Aman Graseka itu baginya, menampilka­n jalan cerita berbeza selain mengangkat martabat wanita bertudung di layar perak.

Namun, disebabkan kekurangan promosi, filem itu gagal mencapai sasaran yang diharapkan.

“Jika ada yang menganggap filem ini kurang menyerlah kerana tidak menampilka­n pelakon popular, banyak lagi produksi lain yang mempertaru­hkan nama besar gagal di pawagam. Saya optimis, impian untuk mengangkat pelakon baharu tercapai menerusi filem ini.

Promosi gagal

“Berdasarka­n maklum balas yang diterima, tidak ramai yang menyedari kehadiran filem ini. Ada juga faktor lain yang menyumbang kepada kelemahan daripada sudut kutipan, tetapi saya lebih melihatnya dari sudut promosi,” katanya.

Ditanya mengenai harapan, Syed Zul berkata, dia enggan meletak harapan tinggi untuk membawa pulang sebarang kemenangan. Baginya, ia berbalik kepada rezeki dan seandainya Hijabsta

Ballet tidak mencatat sebarang kejayaan, ia tidak sesekali mematahkan semangatny­a untuk berkarya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia