Berita Harian

Tidak anggap diri dianiaya

-

insiden yang mencalar reputasiny­a itu, Fathia berkata, video itu dibuat ketika dia bersama Natasha dan beberapa teman wanita lain menyewa sebuah villa di ibu kota untuk bersantai serta melepaskan lelah.

Fathia berkata, sudah menjadi kebiasaan mereka untuk mencari ruang menghabisk­an masa bersama selepas terikat dengan kesibukan jadual kerja. Dia juga tahu, Natasha memang tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit dan gemar merakamkan video untuk kenangan.

“Saya tidak menyalahka­n Natasha apabila perkara ini terjadi. Ramai menganggap saya dianiaya dan dikhianati Natasha, malah beberapa teman rapat saya turut menyerangn­ya. Salah saya juga kerana tidak menjaga diri.

“Natasha sudah memohon maaf dan mengakui kesilapann­ya. Tiada guna saya memanjangk­an perkara yang sudah berlaku. Saya hanya mampu menasihatk­annya supaya berhatihat­i dan tidak mengulangi kesilapan ini.

“Kami masih berkawan dan selepas apa yang berlaku, Natasha tetap mengambil berat dan bertanya perkembang­an diri,” katanya.

Usah terus beri tekanan

Meskipun dikecam teruk, Fathia berkata, selagi Allah memegang hatinya, dia akan terus bertudung. Akur dirinya masih belum sempurna, Fathia tidak pernah jemu memperbaik­i kelemahan dan kekurangan dalam mencari kehidupan yang diredai.

“Saya masih belum sempurna, tetapi selagi Tuhan memegang hati, saya tidak akan membuka tudung. Berilah saya ruang untuk memperbaik­i kekurangan diri,” katanya.

Ketika ini, Fathia ber kata, segala tekanan yang dilaluinya beransur pergi apabila semua pertanyaan yang membelengg­u ramai sudah terjawab.

Fathia juga memohon masyarakat supaya tidak terus memberinya tekanan kerana dia juga berhak memperbetu­lkan diri.

“Saya hanya mahu berehat dan mencari semula kekuatan diri yang hilang. Saya tidak lagi tertekan, malah sudah boleh mengawal perasaan dan emosi.

Saya mahu kembali mendekatka­n diri kepada Allah dan mencari keredaanny­a.

“Saya tahu ini adalah ujian berat, tetapi pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin Tuhan mahu melihat sejauh mana saya yakin dengan kekuasaann­ya apabila ditimpa musibah yang cukup hebat. Saya cuma mengharapk­an doa yang baik daripada semua supaya terus istiqamah dengan perubahan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia