Berita Harian

Jatuh bangun Haqiem Rusli

Teliti rancang strategi, cari pembaharua­n untuk kekalkan momentum seni

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Pfatin.farhana@bh.com.my

erjalanan awalnya disulami pelbagai liku dan onak, namun dugaan itu membentuk penyanyi muda, Haqiem Rusli, 19, untuk teguh berdiri menyusun setiap perancanga­n. Dua yang dihasilkan iaitu

dan meletakkan Haqiem sebagai antara bakat baharu yang perlu diberi perhatian.

Enggan hanya dikenali sebagai penyanyi, Haqiem atau nama penuhnya, Ridzuan Haqiem Rusli sedang mengorak langkah untuk mencipta nama sebagai komposer. Diberi tanggungja­wab untuk menghasilk­an kedua Irfan Haris, Haqiem juga mencurahka­n idea kreatifnya dalam single terbaru penyanyi seperti Sufie Rashid, Ismail Izzani, Zamani Slam dan Tajul.

Pertaruh lagu rancak

Di sebalik kesibukan itu, fokus anak ketiga daripada lima beradik itu untuk tampil dengan album sulung tidak pernah beralih. Bakal memuatkan enam lagu, Haqiem berkata, dia ingin terlebih dulu melihat reaksi peminat menerusi ketiganya,

Dihasilkan bersama Omar K, yang bakal diperkenal­kan pada November ini menyaksika­n penyanyi naungan FMC Music itu mencari sisi baharu dengan mempertaru­hkan lagu rancak.

“Saya mahu mencuba sesuatu yang berbeza dan menjadi pertaruhan untuk menyaksika­n sejauh mana pembaharua­n yang dibawa diterima ramai,” katanya.

Lebih teliti

Haqiem berkata, di sebalik penerimaan positif ramai terhadap dua single terdahulu, masih terselit perasaan gusar jika momentum yang tercipta gagal dipertahan­kan. Melihat situasi penyanyi yang pantas meraih populariti, namun tenggelam begitu saja membuatkan Haqiem berusaha keras supaya tidak berdepan situasi itu.

“Selepas pertama mendapat sambutan, saya tertanya-tanya mampukah saya mengulangi pencapaian yang sama apabila mempertaru­hkan

Alhamdulil­lah, nasib menyebelah­i apabila lagu itu diterima lebih baik berbanding

“Saya perlu lebih teliti dalam penghasila­n ketiga ini. Untuk kekal dalam industri, strategi dalam pemilihan lagu, lirik dan komposer juga memainkan peranan penting. Itu yang saya utamakan kerana saya tidak mahu hanya dikenali sementara,” katanya yang menyimpan impian berduet dengan penyanyi Indonesia, Judika.

Teringin beraksi di pentas AJL

Mula menyanyi sejak usia enam tahun, Haqiem juga mempunyai impian yang belum terlaksana. Beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) menjadi sasaran utama sebagai pengesahan terhadap bakatnya. Menaruh harapan

akan memacu langkahnya ke kemuncak AJL 32, Haqiem berkata, usia pembabitan­nya yang masih mentah membuatkan dia ingin mencabar diri beraksi di pentas berprestij yang menjadi igauan bakat baharu.

“Saya masih lagi hijau, malah sentiasa menganggap diri ini kerdil membuatkan saya kurang yakin kerana terpaksa berdepan saingan sengit. Pastinya, sebagai penyanyi, saya ingin membawa bakat saya melangkah lebih jauh.

“Seandainya nanti peluang berpihak kepada diri, sudah tentu saya akan melakukan yang terbaik. Kesempatan berharga itu tidak selalu datang, jadi saya tidak akan sia-siakan. Biarpun masih belum pasti mengenai peluang itu, saya sudah mula melakukan sedikit latihan sebagai persediaan.

“Sekalipun nasib tidak menyebelah­i, saya tidak perlu kecewa kerana perjalanan masih jauh. Bagi saya, tidak salah menggantun­g harapan tinggi kerana ia menjadi pemangkin kepada diri untuk bekerja lebih keras mencapainy­a,” katanya.

 ??  ?? single Segalanya Tergantung Sepi single Pesan, Sepi. single Jatuh Bangun.
Jatuh Bangun Jatuh Bangun single Tergantung Segalanya. single Foto Segalanya
single Segalanya Tergantung Sepi single Pesan, Sepi. single Jatuh Bangun. Jatuh Bangun Jatuh Bangun single Tergantung Segalanya. single Foto Segalanya
 ??  ?? Nur Adibah Ahmad Izam
Nur Adibah Ahmad Izam
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia