Berita Harian

Idam jayakan konsert solo

-

Anak kelahiran Hulu Langat, Selangor ini juga berhasrat untuk tampil dengan persembaha­n solo yang akan direalisas­ikan menjelang akhir tahun ini. Haqiem berkata, sebagai permulaan, dia berhasrat untuk melaksanak­annya di Kuching, Sarawak.

“Saya terharu apabila menerima sambutan luar biasa ketika beraksi di Kuching, barubaru ini. Cuma, saya terkilan apabila tidak berkesempa­tan mendekati peminat kerana masa yang terbatas. Menerusi persembaha­n solo ini, saya berharap dapat bersama mereka dengan lebih dekat lagi.

“Bimbang juga memikirkan sambutan kerana nama saya masih belum kukuh. Sekiranya berjaya mengumpul 500 penonton, saya sudah berpuas hati kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai terutama bagi penyanyi baharu,” katanya.

Sambung pengajian

Haqiem berkata, dia juga merancang untuk menyambung pengajiann­ya dalam bidang muzik atau perniagaan, tahun depan. Baginya, pendidikan tetap diutamakan meskipun ketika ini, rezekinya dalam bidang seni semakin terbuka luas.

“Saya tidak pernah melupakan niat untuk menyambung pengajian. Sekiranya semua berjalan lancar, saya akan kembali ke kelas tahun depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia