Berita Harian

Perbaiki institusi kekeluarga­an

Henti sikap saling tuding jari, ambil iktibar elak musibah berulang

- Assalamual­aikum,

Allahuakba­r. Allah

Maha Besar. Terasa sukar untuk menaip satu persatu perkataan untuk menzahirka­n kesedihan atas tragedi yang menimpa adik tahfiz yang menjadi mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyy­ah, Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi Khamis lalu, 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz itu terkorban selepas terperangk­ap di bangunan tingkat tiga yang menempatka­n asrama pelajar.

Sebahagian mangsa berusia antara enam hingga 16 tahun ditemui rentung, manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap. Bukan hanya ahli keluarga dan sanak saudara yang mengalirka­n air mata, malah seluruh rakyat Malaysia turut meratapi pemergian tragis dan memilukan itu.

Seakan menjadi rutin, setiap kali berlaku insiden memilukan, masyarakat begitu ghairah meluahkan pandangan dan melontarka­n persepsi peribadi. Masing-masing berkeras mempertaha­nkan pendirian, seolaholah hanya mereka yang benar.

Bagi Liza, sudah tiba masanya untuk kita melakukan sesuatu. Usah lagi menuding jari, mencari salah dan silap kerana apa yang berlaku, sudah terjadi. Perbuatan menyalahka­n pihak itu dan ini hanya sia-sia, sekiranya kita tidak mengambil langkah untuk menghentik­annya.

Semua pihak perlu menggemble­ng usaha, berikhtiar mencari titik penyelesai­an supaya insiden menyayat hati tidak berulang kembali.

Imbau kenangan

Episod hitam pada minggu lalu itu membawa Liza mengimbau kenangan empat tahun lalu. Sebelum menyertai Hot FM dan Kool FM, Liza pernah berkhidmat sebagai penulis skrip sambilan untuk program TV dan drama televisyen.

Liza juga pernah bekerja dengan Datuk Seri Vida ketika menjayakan satu program televisyen. Program 15 episod itu memerlukan Liza dan produksi berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak untuk mengenali lebih dekat keperibadi­annya.

Vida pada mata Liza, begitu cekal dan tebal dengan sifat penyayang terutama kepada anak-anaknya. Biarpun program itu menuntut komitmen yang tinggi, Vida sanggup menghentik­an seketika perbincang­an untuk melunaskan tanggung jawab sebagai ibu apabila anak-anak memerlukan­nya.

Masih bermain-main di mata Liza pada hari terakhir kami berada di Ipoh. Pada malam sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami beramai-ramai berkumpul di meja makan selepas pelbagai perancanga­n sejak beberapa minggu lalu akhirnya selesai.

Asingkan diri

Ketika itu, mata Liza sering memerhatik­an gelagat dua anaknya iaitu Eddie dan

Edrie Zikrie yang gemar mengasingk­an diri. Biar beberapa kali dipelawa menyertai kami, masing-masing hanya menggeleng­kan kepala dan selesa duduk berdua.

Sehari selepas kembali ke Kuala Lumpur, kami dikejutkan dengan berita pemergian Eddie dan adiknya dalam kebakaran yang berlaku di kediaman kakitangan

Vida. Hanya Allah yang tahu perasaan Liza ketika itu.

Segala-galanya seakan kembali berputar. Apakah semua yang Liza nampak sehari sebelum kejadian sebagai bayangan mereka akan pergi meninggalk­an kami selamalama­nya? Memang pada hari itu, mereka hanya berdua. Bergurau senda, menjamah makanan dan pelbagai perkara lain, semuanya dilakukan berdua.

Damailah kalian di sana. Al- Fatihah untuk

Eddie dan Edrie Zikrie.

Pamerkan kasih sayang

Berbalik kepada tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyy­ah yang pastinya membekas di hati ramai, terutama mereka yang pernah kehilangan anak atau ahli keluarga dalam kemalangan tragis. Marilah kita lakukan sesuatu untuk memperbaik­i institusi kekeluarga­an.

Eratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Ambil tahu apa saja masalah, kongsi dan luahkan supaya setiap anggota keluarga tahu kehadiran mereka dihargai. Pamerkan kasih sayang itu, jangan dipendam kerana ia terlalu berharga.

Sekiranya terjebak dalam permasalah­an, luahkan dan berkongsil­ah. Pasti ada jalan penyelesai­an ketika kita sedang berdepan laluan buntu. Jangan simpan kesakitan itu hingga menjadi dendam dan akhirnya menghancur­kan masa depan diri serta insan yang tidak bersalah.

Jangan simpan luka hingga membuat hati terseksa. Samasama kita berdoa semoga episod hitam ini tidak berulang lagi. Peringatan untuk diri Liza juga, leraikan segala perasaan marah kepada mereka yang pernah menyakiti hati.

Maafkan mereka yang selalu mencari kesalahan kita dan belajar muhasabah diri. Semoga Allah tempatkan insan yang kita sayangi dalam kalangan mereka yang beramal soleh. Semoga syurga menjadi destinasi abadi kita nanti. Al-fatihah.

 ??  ??
 ??  ?? Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyy­ah mengundang kesedihan seluruh negara.
Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyy­ah mengundang kesedihan seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia