Berita Harian

Kembali hargai hidup

Sam Smith lalui detik sukar hingga hampir hilang semangat berkarya

-

bersungguh-sungguh hingga larut dalam perasaan,” katanya.

Sempat berkongsi perasaanny­a apabila sering dilihat bersaing dengan teman seangkatan­nya, Ed Sheeran, Smith berkata, mereka saling membantu antara satu sama lain. Melihat kejayaan Sheeran menerusi album, terutama ketika dalam persiapan menghasilk­an material terbaru, Smith berkata, mereka akan terus bersaing.

“Saya terus mendesak diri. Melihat kejayaan luar biasa Sheeran sepanjang tahun lalu, membuatkan saya sentiasa ‘lapar’,” katanya.

Disebabkan itu, Smith berkata, dia begitu resah seminggu sebelum dilancarka­n. Selepas setahun setengah menyepikan diri dan hanya memiliki sebuah album, Smith gusar memikirkan apakah peminat masih menerimany­a.

“Saya meniti kehidupan yang normal sepanjang tempoh itu hingga lupa soal kerja dan apa yang saya pernah saya lakukan. Apabila kembali, saya rasa diri kosong.

Apa yang bermain di fikiran saya, apakah mereka mahu saya kembali atau sebaliknya,” katanya.

 ??  ?? Too Good At Goodbyes
Too Good At Goodbyes

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia