Sam Smith
Luah isi hati, kekecewaan dalam perhubungan menerusi album kedua
Hzhusni@bh.com.my
ampir satu setengah tahun menyepikan diri, Sam Smith mengakui, banyak yang dilaluinya sepanjang tempoh itu. Akur kehilangan itu tidak memberinya ketenangan yang dicari disebabkan sikapnya yang tidak ambil peduli, namun bagi Smith, 25, ia tetap mempunyai kebaikan tersendiri.
Lantaran sikap cuainya itu juga, penyanyi kelahiran London, England itu mampu menghasilkan lagu mewakili perasaannya. Smith terlebih dulu mempertaruhkan
disusuli album keduanya selepas muncul dengan album pertama,
yang mencatat jualan terbaik pada 2014.
“Tidak tahu mengapa sebelum ini, saya agak cuai. Ketika menghasilkan album ini, saya sering menghabiskan masa di luar.
“Biarpun tidak keterlaluan, saya tetap berasakan seperti tidak menghormati diri. Saya membenci diri sendiri. Hanya sejak tiga bulan lalu, saya kembali menikmati hidup bersendirian dan mula menyayangi diri,” katanya.