Berita Harian

Cara menguruska­n penyewa

-

Ramai yang percaya seka- rang ini adalah pasaran untuk penyewa. Biar saya jelaskan terlebih dulu apakah itu pasaran penyewa. Berbanding pendapat popular, orang ramai menilai sesebuah pasaran itu terlebih atau kekurangan bekalan berdasarka­n permintaan.

Walaupun ia boleh jadi benar, cara untuk mengakses permintaan adalah amat bergantung kepada senario setempat berbanding pada peringkat makro.

Mana-mana kaji selidik pengguna biasanya terlewat sehingga tidak sebenarnya mencermink­an pasaran sebenar melainkan ia disebabkan oleh situasi berpanjang­an, berdasarka­n trend yang konsisten.

Versi setempat yang saya katakan contohnya adalah selepas sesetengah projek pembanguna­n dibina, iaitu apabila beberapa ratus ribu unit disediakan sebaik sahaja serahan pemilikan kosong selesai berbanding bekalan luar, iaitu bekalan sedia ada atau pasaran sekunder.

Dikenali dengan sebab baik

Lokasi ‘panas’ boleh menjadi pasaran penyewa, manakala projek berhampira­n boleh menjadi pasaran untuk pemilik rumah.

Dalam pasaran pemilik rumah dan penyewa, ia bergantung kepada bagaimana seseorang dapat memahami pasaran dengan baik, selain bekalan dan permintaan di sekeliling­nya.

Kebanyakan masa, pemilik rumah mahukan kadar sewa terbaik dan menambah nilai hartanah mereka untuk menarik penyewa terlebih dulu.

Di dalam sebuah pasaran yang mana penyewa ramai, pemilik rumah boleh melihat semula strategi ini dan menetapkan harga sewa.

Namun, menguruska­n penyewa boleh menjadi rumit kerana pemilik rumah mahukan penyewa terbaik untuk mendiami rumah, pada masa sama, penyewa mempunyai pilihan lain untuk berpindah jika pasaran sewa menjadi ‘hangat’.

Antara satu cara terbaik untuk menonjol berbanding hartanah lain, pada pendapat saya, adalah anda perlu dikenali dengan semua sebab yang baik.

Maksud saya, ia bukan semata-mata harga sewa ‘kemudahan ditambah nilai’ yang disediakan oleh premis kediaman, namun anda perlu dikenali sebagai pemilik rumah yang selesa dihubungi oleh penyewa.

Ini termasukla­h menjadi pemilik rumah yang bertimbang rasa malah dalam satu-satu ketika boleh dijadikan rujukan oleh penyewa.

Ia boleh berlaku di dalam taman perumahan itu, kerana cakap-cakap orang sekeliling adalah perkara terbaik untuk memasarkan unit anda sebagai seorang pemilik rumah.

Konsep ‘kuadran penyewa’

Dalam kebanyakan kes, pengurusan penyewa adalah satu kemahiran yang boleh dikuasai dan diamalkan oleh pemilik rumah sepanjang kitaran hartanah.

Ini kerana, matlamat utama adalah mendapatka­n pulangan. Pemilik rumah boleh menyasarka­nnya dengan mendapatka­n penyewa yang betul yang akan tinggal untuk jangka panjang, bagi mendapatka­n pulangan mapan.

Secara ringkasnya, sewaan yang mapan berlaku apabila pemilik rumah boleh mendapatka­n dan mengekalka­n penyewa seperti ini.

Pada masa sama, seni menguruska­n penyewa bergantung kepada hubungan yang dibina ketika pemilik rumah membenarka­n calon senarai pendek melawat premis mereka.

Adalah sesuatu yang diketahui bahawa anda perlu memeriksa dan menyaring bakal penyewa dengan teliti serta berhati-hati.

Maka, lakukannya dengan betul SEKALI sahaja. Ia mungkin kedengaran mustahil, namun ada beberapa cara yang saya secara peribadiny­a berjaya melakukann­ya dan ada ditulis di dalam buku terbaru saya melalui konsep ‘kuadran penyewa’.

Kuadran itu secara asasnya membenarka­n pemilik rumah secara sistematik menjamin bahawa pengambila­n dan pengurusan penyewa boleh dilaksanak­an dengan kaedah yang mudah dan berkesan melalui empat kuadran dinamakan P.L.A.N.

Laksana-langkah pencegahan

Bagaimanap­un, ada kebimbanga­n ada penyewa yang teruk. Semua pemilik rumah berharap dapat menjumpai penyewa yang baik, jika tidak yang terbaik supaya mereka tidak perlu bimbang menerima bayaran lewat atau tidak mencukupi.

Bakal pemilik rumah tidak sepatutnya terganggu dengan kebimbanga­n ini jika mereka melaksanak­an langkah pencegahan terlebih dulu.

Ia boleh mengambil masa beberapa jam malah hari untuk memperinci­kan butiran strategi praktikal yang boleh digunakan, namun kaedah paling biasa adalah mengutip sewa lebih awal dalam bentuk cek bertarikh atau arahan pembayaran bank dibuat boleh penyewa.

Kekerapan insiden pembayaran lewat boleh dikurangka­n dengan memberikan ‘ganjaran’ kepada penyewa dengan diskaun sewa jika mereka memilih untuk membayar tepat pada masanya, berbanding mengenakan ‘penalti’ yang kebiasaann­ya tidak diendahkan oleh penyewa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia