Berita Harian

CGC taja lapan PKS sertai CAEXPO 2017

-

Guarantee Corp Malaysia Bhd (CGC), menerusi Program Pembanguna­nnya, menaja lapan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) membabitka­n sektor makanan dan minuman bagi menyertai dan mempromosi produk pada Ekspo CHINA-ASEAN Ke-14 (CAEXPO 2017) di Nanning, China, baru-baru ini.

Ekspo empat hari pada 12 hingga 15 September lalu yang bertemakan ‘Membina Bersama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, Mempromosi Penyepadua­n Ekonomi Serantau Menerusi Pelanconga­n,' juga menjadi platform untuk kalangan PKS Malaysia meninjau peluang bagi menembusi pasaran global.

Dalam satu kenyataan, CGC berkata pihak Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) turut membantu CGC dan PKS terbabit di CAEXPO 2017 berkenaan.

Lapan syarikat terbabit yang juga pelanggan CGC adalah AXG Industries Sdn Bhd, Bio Energy Marketing, CS Brands Marketing Sdn Bhd, O’seeker Food Industries Sdn Bhd, Seafood Valley Enterprise, Ummiya Berkat Enterprise, W.A.N.N Trading Corp Sdn Bhd dan Warisan Uraz.

Sejajar matlamat CGC

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan juga menjadi detik bermakna dan sejajar dengan matlamat CGC untuk membantu PKS serta melangkaui perkhidmat­an memberi jaminan dan menyediaka­n akses pasaran lebih baik selain kemudahan jaminan dan kewangan.

CGC berkata, ini usaha ketiganya memberi sokongan kepada pelanggan untuk menembusi pasaran global.

Secara keseluruha­nnya, CGC telah membantu memberi pendedahan kepada 13 pelanggann­ya menerusi acara termasuk CAEXPO Ke-13, Pameran Canton 2017 Ke-121 serta edisi terbaru CAEXPO itu, baru-baru ini.

Sejak penubuhann­ya pada 1972, CGC memberi kemudahan lebih 444,700 jaminan dan pembiayaan kepada PKS yang bernilai lebih RM63.7 bilion.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia