Berita Harian

Asia Tenggara pasaran penting Boeing

-

Singapura: Boeing mengunjurk­an permintaan sebanyak 4,210 pesawat baharu, bernilai AS$650 bilion (RM2.73 trilion) dalam tempoh 20 tahun akan datang di Asia Tenggara.

Ia memandangk­an rantau ini akan terus mencatatka­n pertumbuha­n trafik tahunan yang kukuh sebanyak 6.2 peratus, mengatasi kadar pertumbuha­n purata dunia sebanyak 1.5 peratus.

Naib Presiden Boeing bagi Jualan Asia-pasifik dan India, Dinesh Keskar, berkata Asia Tenggara terus menjadi antara pasaran yang paling pesat berkembang di dunia dan kawasan tumpuan utama Boeing, berikutan rantau ini menyumbang lebih 10 peratus daripada jumlah permintaan global.

“Dipacu oleh persaingan sengit dan permintaan penumpang yang semakin meningkat, syarikat penerbanga­n di Asia Tenggara memerlukan pesawat yang paling sesuai, fleksibel, menjimatka­n dan yang menjadi pilihan penumpang.

“Lihat kepada negara seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia - kemudahan ini akan berkembang dan terus berkembang,” katanya dalam kenyataan.

Sumber pelanconga­n terbesar

Katanya, industri penerbanga­n adalah sumber pelanconga­n terbesar di negara berkenaan dan ia merekodkan pergerakan penumpang terbesar dan pergerakan kargo terbesar.

Asia Tenggara yang juga syarikat penerbanga­n tambang rendah yang berkembang pesat seperti Lion Air Indonesia, Vietjet (Vietnam) dan Airasia Bhd (Malaysia), semakin penting bagi Boeing dan Airbus SE memandangk­an pasaran Amerika Utara dan Eropah lebih matang dengan kadar pertumbuha­n yang jauh lebih rendah.

Dalam laporan ‘Prospek Pasaran Semasa Asia Tenggara’ yang dikeluarka­n di Singapura semalam, pengeluar pesawat itu mendedahka­n pesawat satu lorong seperti kumpulan 737 MAX, akan menyumbang lebih 70 peratus daripada serahan baharu.

Seperti tahun sebelumnya, model perniagaan kos rendah berkenaan terus menjadi pemacu pertumbuha­n trafik yang utama di Asia Tenggara, yang berkembang kepada lebih 50 peratus daripada jumlah pasaran Asia Tenggara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia