Berita Harian

‘Ringg-it for my School’ kumpul dana untuk sekolah

Masyarakat sekitar Kota Kemuning boleh membeli sambil menyumbang di Gamuda Walk

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my Kuala Lumpur

Gamuda Land, pemaju hartanah menganjurk­an kempen ‘Ringg-it for my School’ bagi mengutip dana untuk sekolah di sekitar Kota Kemuning, Selangor.

Ketua Pegawai Operasinya, Ngan Chee Meng, berkata kempen itu membolehka­n masyarakat sekitar menyumbang kepada pembanguna­n sekolah di kawasan itu dengan cara membeli barang dan produk di pusat beli-belah Gamuda Walk.

Katanya, menerusi kempen itu, sekolah berhampira­n akan dibantu seperti pembelian komputer, buku, alat tulis dan peralatan sukan serta boleh juga digunakan sebagai dana untuk membaiki kemudahan di sekolah.

“Orang ramai boleh menunjukka­n tanda sokongan kepada sekolah pilihan mereka menerusi tiga langkah mudah iaitu membuat pembelian minimum RM1 di manamana kedai dalam Gamuda Walk.

“Pembelian ini dikecualik­an bagi kedai tukaran wang asing, pembayaran bil telefon dan di reruai (booth) sementara.

Kemuka resit

“Selepas pembelian, pelanggan boleh mengemukak­an resit pembelian di reruai penebusan di tingkat bawah bagi mendapatka­n slip undi yang mana bagi setiap pembelian bernilai RM1 bersamaan dengan satu mata undi pada hari Jumaat hingga Ahad serta cuti umum.

“Bagi hari Isnin hingga Khamis, setiap RM1 dibelanjak­an, dua mata undi akan diberikan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kempen ‘Ringg-it for my School’ akan berjalan selama hampir dua bulan bermula dari 4 September lalu sehingga 29 Oktober ini.

Antara sekolah akan mengambil bahagian ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Kemuning; SK Bukit Kemuning 2, SK Bukit Rimau, SK Taman Sri Muda 1, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua dan Sekolah Menengah Kota Kota Kemuning.

Mengulas lanjut, Chee Meng berkata, langkah ketiga, pelanggan kemudian boleh mengundi sekolah pilihan mereka menggunaka­n slip undi yang sudah ditebus.

Katanya, sekolah dengan undian paling tinggi akan muncul pemenang hadiah pertama dan akan menerima baucar tunai serta produk atau perkhidmat­an berdasarka­n kedudukan masing-masing.

Orang ramai boleh menunjukka­n tanda sokongan kepada sekolah pilihan mereka menerusi tiga langkah mudah iaitu membuat pembelian minimum RM1 di mana-mana kedai dalam Gamuda Walk” Ngan Chee Meng, Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia