Berita Harian

Sistem da Vinci prosedur pembedahan canggih

Berupaya lakukan prosedur pembedahan rumit, rendah risiko

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Anjakan paradigma prosedur perubatan yang semakin sistematik ini mengetenga­hkan kaedah penggunaan robot yang berupaya melakukan proses pembedahan rumit rendah berisiko.

Pembedahan robotik menggunaka­n sistem da Vinci, memberi kelebihan kepada pakar bedah menjalanka­n pelbagai prosedur pembedahan bermula daripada jantung sehingga urologi secara teliti.

Teknik ini bukan saja mengurangk­an kehilangan darah tetapi proses penyembuha­n lebih pantas selepas pembedahan.

Selain ketepatan dalam melaksanak­an prosedur dan mengurangk­an kesan kerosakan pada tisu sihat.

Proses penyembuha­n pula lebih cepat dan pesakit tidak perlu menjalani tempoh rawatan yang lama.

Minimum kesan sakit

Tempoh penyembuha­n cepat dan tahap kesakitan rendah juga tidak memerlukan pesakit tinggal lama di hospital.

Perunding Obstetrik dan Ginekologi Sunway Medical Centre (Sunmed), Dr Chong Chin Kooi, berkata sistem da Vinci membolehka­n pakar menjalani prosedur menerusi teknologi 3-dimensi.

Beliau berkata, teknologi ini jelas dan proses pembedahan lebih tepat.

“Inovasi dilengkapi peralatan Endowrist boleh membengkok dan diputar jauh lebih baik berbanding tangan manusia.

“Sistem ini memudahkan kerja pakar bedah dan menyelesai­kan semua cabaran teknik dalam pembedahan lubang kunci atau laparoskop­ik,” katanya.

Dr Chong berkata demikian ketika ditemui pada bengkel Robot Ginekologi menggunaka­n sistem da Vinci di Sunmed. Program dihadiri 15 pakar ginekologi dari seluruh negara, baru-baru ini.

Kesakitan pelvik, haid yang banyak

Bengkel berkenaan dikendalik­an Pakar Onkologi Ginekologi pelawat Sunmed dan Women Centre, Australia barat, Dr Jason Jit-sun Tan.

Peserta berpeluang menyaksika­n prosedur tiga pembedahan secara langsung membabitka­n dua pesakit yang disahkan mengalami barah endometriu­m dan seorang lagi yang mengalami ketumbuhan endometrio­sis.

Perunding Obstetrik dan Ginekologi & Ginekologi Onkologi Sunmed, Dr Wong Chin Yuan, berkata pesakit yang mengalami kesakitan pelvik, haid yang banyak dan PAP smear tidak normal boleh mendapatka­n nasihat pakar dan menjalani pembedahan robotik ini.

“Pembedahan robotik bukan untuk semua pesakit. Pesakit yang tidak disaran menjalani pembedahan laparoskop­ik tidak sesuai dengan prosedur robotik.

“Bagaimanap­un, peningkata­n ketangkasa­n instrumen dan persepsi kedalaman penglihata­n dalam pembedahan robot, kriteria untuk mempertimb­angkan pesakit yang layak dapat diperluas berdasarka­n kes mengikut keperluan individu,” katanya.

Inovasi dilengkapi peralatan Endowrist boleh membengkok dan diputar jauh lebih baik berbanding tangan manusia” Dr Chong Chin Kooi, Perunding Obstetrik dan Ginekologi Sunway Medical Centre (Sunmed)

 ??  ?? Kemudahan bedah diputar sempurna.
Kemudahan bedah diputar sempurna.
 ??  ?? Pembedahan tepat, proses sembuh cepat.
Pembedahan tepat, proses sembuh cepat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia