Berita Harian

Skrin digital jejas kesihatan mata

Pendedahan tempoh lama tingkat risiko mata kering

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Pendedahan berlebihan kepada skrin digital boleh mengakibat­kan masalah penglihata­n jangka panjang seperti tekanan terhadap mata.

Tekanan disebabkan oleh ketidaksel­esaan yang mempunyai ciri kekeringan, kerengsaan dan penglihata­n kabur.

Keadaan sedemikian dapat dirasai selepas menatap lebih daripada satu skrin digital untuk tempoh lama secara berterusan.

Kekerapan tekanan digital terhadap mata boleh mengakibat­kan Kondisi Mata Kering yang boleh mengakibat­kan masalah jangka masa panjang terhadap penglihata­n seseorang.

Pakar Oftalmolog­i di Hospital Columbia Asia Klang, Dr Siva Kumar Sundraling­am, berkata tekanan digital menjejaska­n keupayaan seseorang menjalanka­n aktiviti harian.

Kelenjar tidak hasilkan cecair

Beliau berkata, keadaan sedemikian juga boleh menjejaska­n kemampuan untuk memandu dan membaca.

“Satu lapisan air mata yang nipis sepatutnya menyaluti permukaan mata setiap kali kita mengelipka­n mata.

“Apabila seseorang mempunyai masalah mata kering, kelenjar air mata tidak menghasilk­an cecair secukupnya untuk melembapka­n dan melindungi mata hingga mengakibat­kan ketidaksel­esaan dan kerengsaan,” katanya.

Rehatkanma­taselepas2­0minit

Beliau berkata, keadaan mata kering boleh berpunca daripada pendedahan terlalu lama dan berpanjang­an dan apa yang kita gelar tekanan digital terhadap mata.

Apabila ini tidak dielakkan, boleh mengakibat­kan kesan jangka panjang serta impak secara langsung kepada kondisi kesihatan mata seseorang.

Bagi mengatasi atau mencegah kekeringan dan tekanan digital, pastikan mata direhatkan daripada menatap skrin setiap 20 minit atau dalam tempoh sekejap.

“Pastikan anda mengurangk­an kadar cahaya terang pada skrin komputer dan telefon pintar kepada tahap selesa untuk mata.

“Anda boleh menetapkan jarak skrin digital yang selesa bagi mengelakka­n daripada menatapnya terlalu dekat,” katanya.

Purata lima hingga lapanjamse­hari

Rakyat Malaysia secara purata meluangkan lebih lima hingga lapan jam sehari menatap skrin termasuk pendedahan kepada pelbagai jenis peralatan seperti komputer riba, komputer, telefon pintar, tablet dan televisyen.

Mengekalka­n kelembapan mata menerusi air mata palsu adalah antara cara mengelakka­n mata menjadi kering.

Menjalani pemeriksaa­n mata digalakkan sekurang-kurangnya sekali tahun untuk memastikan keadaan mata dalam keadaan baik.

Apabila seseorang mempunyai masalah mata kering, kelenjar air mata tidak menghasilk­an cecair secukupnya untuk melembapka­n dan melindungi mata hingga mengakibat­kan ketidaksel­esaan dan kerengsaan,” Dr Siva Kumar Sundraling­am, Pakar Oftalmolog­i di Hospital Columbia Asia Klang

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia