Berita Harian

Ambil tindakan bijak iktibar Hijrah

-

Berdasarka­n matematik mudah, satu tahun Hijrah ialah 354.2 hari manakala satu tahun Masihi ialah 365.25 hari. Perbezaan antara kedua-duanya hanya 11 hari. Jadi satu tahun Masihi, ada baki 11 hari. Setiap 33 tahun empat bulan tahun Masihi kita perlu menambah setahun pada tahun Hijrah.

Justeru, setiap 100 tahun Masihi bersamaan 103 tahun Hijrah. Seterusnya 300 tahun Masihi bersamaan 309 tahun Hijrah. Oleh itu, ashabul kahfi berada dalam gua selama 300 tahun Masihi atau 309 tahun Hijrah.

Kita memerlukan matahari dan bulan dalam menentukan masa beribadat. Penentuan masuk waktu solat berdasarka­n kedudukan matahari di sesuatu tempat, begitu juga waktu mula menunaikan ibadat puasa dan berbuka.

Manakala penentuan tarikh 1 Ramadan dan kedatangan Syawal ditentukan menerusi kemunculan anak bulan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhn­ya bilangan bulan di sisi Allah ialah sebanyak 12 bulan dalam kitab Allah pada hari Allah menjadikan langit dan bumi. Antaranya adalah empat bulan haram.” (Surah at-taubah, ayat 36). Lebih menakjubka­n, bilangan perkataan ‘syahrun’ yang bermaksud bulan disebut 12 kali dalam al-quran. Tidak hairan kenapa semua kalendar utama di dunia menetapkan setahun ada 12 bulan.

Terdapat sembilan perbezaan antara tahun Masihi dan Hijrah iaitu pertama ialah asas perkiraan. Tahun Masihi berasaskan pergerakan matahari, manakala tahun Hijrah berasaskan pergerakan bulan.

Dalam al-quran terdapat 114 surah termasuk surah asy-syams (matahari) iaitu surah ke-91 yang mengandung­i 15 ayat, 54 perkataan dan 249 huruf. Manakala surah al-qamar (bulan), surah ke-54 mengandung­i 55 ayat, 342 perkataan dan 1438 huruf.

Dari sudut statistik pula, perkataan matahari disebut 33 kali dalam al-quran iaitu 32 kali dalam bentuk kata nama khas (asysyams) dan sekali kata nama am (syamsan). Perkataan bulan disebut 27 kali (26 kali nama khas (alqamar) dan sekali nama am (qamaran).

Perbezaan kedua, dari sudut bilangan hari (yaum) yang disebut sebanyak 349 kali dalam bentuk nama khas dan nama am (yauman) disebut 16 kali. Jika dijumlahka­n kedua-duanya iaitu 349+16, jumlahnya 365 bersamaan bilangan hari tahun Masihi.

Seterusnya, perkataan ‘yaumukum’ yang bermakna hari kamu semua disebut dalam al-quran lima kali. Ahli tafsir ada yang mengaitkan­nya dengan bilangan hari diharamkan berpuasa iaitu Aidilfitri, Aidiladha dan tiga hari Tasyrik. Jika dijumlahka­n ‘yaum’ dalam bentuk kata nama khas dan ‘yaumukum’ hari kamu semua iaitu 349+5, jumlahnya 354 iaitu bersamaan bilangan hari dalam tahun Hijrah.

Panduan lihat anak bulan

Ketiga, dari sudut permulaan hari tahun Masihi bermula apabila terbit matahari hari, manakala tahun Hijrah bermula setelah terbenam matahari atau terbitnya anak bulan. Dalam konteks negara kita, tempat terbaik masjid yang terletak di sepanjang pantai Barat kerana matahari terbenam sebelah barat.

Keempat dinilai dari aspek permulaan setiap bulan. Tahun Masihi hanya menggunaka­n perkiraan hisab yang tetap, manakala tahun Hijrah menggunaka­n perkiraan hisab dan rukyah iaitu melihat anak bulan.

Tahun Masihi sudah menetapkan bulan Januari, Mac, Mei, Julai, Ogos, Oktober dan Disember berjumlah 31 hari dan April, Jun, September serta November berjumlah 30 hari. Bagi Februari ditetapkan 28 hari selama tiga tahun berturut-turut dan 29 hari bagi tahun keempat.

Permulaan hari setiap bulan dalam kalendar Hijrah ditentukan dengan melihat anak bulan. Jika kelihatan, maka bermula bulan baharu. Jika anak bulan tidak kelihatan mereka merujuk kepada perkiraan hisab.

Kelima, nama Masihi diambil daripada gelaran Nabi Isa, Miladi pula bermaksud tarikh kelahiran. Tahun Masihi dikira berdasarka­n tarikh lahir Nabi Isa, tahun Hijrah pula bermula daripada penghijrah­an Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Kota Makkah ke Kota Madinah.

Keenam, bulan dalam tahun Masihi mengambil nama dewa menurut fahaman agama Kristian, sementara bulan tahun Hijrah berdasarka­n suasana masyarakat Arab Badwi pada zaman awal Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai Rasul. Setiap nama bulan ada sejarah dan sebabnya.

Ketujuh, tahun Masihi menggunaka­n gelaran kalendar dan takwim berasal daripada gabungan huruf ‘qaf wau mim’ untuk tahun Hijrah. Gabungan itu disebut sebanyak 660 kali dalam al-quran.

Antara perkataan daripada gabungan itu ialah ‘al-qayyum’ nama Allah SWT yang bermaksud membangunk­an. Perkataan takwim ada kaitan secara langsung dengan nama Allah Yang Maha Membangunk­an.

Kelapan, berdasarka­n lambang. Di Malaysia tiada lambang khusus untuk tahun Masihi, sebaliknya tahun Hijrah menggunaka­n lambang labah-labah. Mengikut sejarah, ketika Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar dikejar tentera kafir Quraisy, mereka menyelamat­kan diri dalam Gua Thur.

Sebaik mereka masuk ke dalam gua, labah-labah terus membuat sarang yang menyebabka­n tentera kafir Quraisy tidak jadi masuk kerana beranggapa­n tiada orang dalam gua yang ada sarang labahlabah.

Masyarakat Islam di Malaysia masih memfokuska­n cerita itu dalam kebanyakan ceramah Maal Hijrah. Berbeza dengan masyarakat Barat yang mengambil iktibar daripada peristiwa itu dan membuat tindakan bijak.

Di kebanyakan negara Barat, mereka mengkaji keberkesan­an labah-labah dalam aspek pertahanan negara. Mereka membanding­kan antara baju yang diperbuat daripada besi keluli dan air liur labah-labah.

Terus berpegang pada al-quran, hadis

Dapatan mereka menunjukka­n, peluru mampu menembusi besi keluli tetapi tidak boleh menembusi baju diperbuat daripada air liur labah-labah. Kini labah-labah diternak secara meluas di Eropah untuk industri pertahanan negara.

Kesembilan, perkataan ‘sanah’ ditujukan kepada tahun Masihi dan perkataan ‘aam’ digunakan untuk tahun Hijrah. Perkataan ‘sanah’ berasal daripada gabungan huruf ‘sin, nun, wau’. Gabungan ini disebut 20 kali dalam al-quran.

Perkataan ‘aam’ berasal daripada gabungan huruf ‘ain, wau, mim’. Gabungan itu disebut sembilan kali. Beza antaranya ialah 11 kali dan beza bilangan hari dalam setahun antara keduanya ialah 11 hari.

Sempena tahun Hijrah 1439, marilah jadikan al-quran dan hadis sebagai panduan hidup. Semoga kita dapat menyambut tahun baharu pada masa yang betul, tempat sesuai dan pengisian diredai Allah.

Terdapat sembilan perbezaan antara tahun Masihi dan Hijrah iaitu pertama ialah asas perkiraan. Tahun Masihi berasaskan pergerakan matahari, manakala tahun Hijrah berasaskan pergerakan bulan”

 ?? [GAMBAR HIASAN] ?? Umat Islam perlu terus bersatu demi kekuatan agama, bangsa dan negara.
[GAMBAR HIASAN] Umat Islam perlu terus bersatu demi kekuatan agama, bangsa dan negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia