Berita Harian

Hampir 6,000 penduduk Bali dipindah

-

Denpasar: Ribuan penduduk dari kawasan perkampung­an berhampira­n gunung berapi aktif di Bali, Indonesia dipindahka­n, kata pihak berkuasa semalam.

Tindakan itu diambil selepas aktiviti seismik menggegark­an beberapa kawasan dan kepulan asap turut kelihatan di atas puncak gunung berapi yang menjadi tumpuan pelancong terkenal dunia itu.

Status amaran Gunung Agung di timur Bali diletakkan pada paras tiga, paras kedua tertinggi dan pihak berkuasa memberi amaran kepada pelancong dan penduduk supaya mengelak berkhemah atau mendaki dalam lingkungan enam kilometer dari kawah gunung berapi itu.

“Aktiviti gunung berapi kekal tinggi dan ada petunjuk paras magma meningkat ke permukaan serta menyebabka­n gegaran,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

Larangan aktiviti awam

Sutopo berkata, justeru, aktiviti awam tidak dibenarkan dalam kawasan lingkungan ini, bimbang jika letusan berlaku.

Bagaimanap­un, pihak berkuasa berkata, penerbanga­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Bali di sini beroperasi seperti biasa dan ada sedikit gangguan kepada pengendali pelancong di kawasan lain pulau itu.

Katanya, hampir 6,000 penduduk dipindahka­n setakat ini dan jumlah itu dijangka meningkat.

Sesetengah penduduk di perkampung­an di kaki Gunung Agung berkata, mereka raguragu untuk berpindah sementara yang lain berkumpul memerhati gunung berapi itu.

“Saya tinggal bersama suami. Kami perlu memberi makan ternakan,” kata penduduk kampung, Wayan Suarda kepada stesen televisyen nasional tvone.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia