Berita Harian

Pewaris L’oreal meninggal usia 94 tahun

-

Ahli perniagaan Perancis dan bilionair, Liliane Bettencour­t, keluarga pengasas dan masih memiliki pegangan besar dalam gergasi kosmetik itu, meninggal dunia pada usia 94 tahun, kata anak perempuann­ya kelmarin.

Bettencour­t, disenarai Forbes sebagai wanita terkaya dunia, adalah pewaris syarikat kecantikan dan kosmetik diasaskan bapanya yang membuat pewarna rambut lebih sekurun lalu.

Kematianny­a membuka fasa baharu buat syarikat keempat terbesar di Perancis, mengubah hubunganny­a dengan pemegang saham utama, Nestle, syarikat makanan Switzerlan­d.

Bettencour­t dan keluargany­a memiliki pegangan 33 peratus dalam syarikat. Anak perempuann­ya, Françoise Bettencour­tmeyers, berada dalam lembaga pengarah bersama anak lelakinya berkata dalam satu kenyataan, keluarga itu kekal komited dalam syarikat dan pasukan pengurusan.

“Ibu saya pergi dalam keadaan tenang. Saya mahu mengulangi, bagi pihak keluarga, komitmen dan kesetiaan kami terhadap dan memperbaha­rui keyakinan saya kepada Presiden Jean-paul Agon dan pasukannya di seluruh dunia,” katanya memaklumka­n, ibunya meninggal dunia malam Rabu lalu di rumahnya di sini.

Pada 2011, Agon dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif

pemilik jenama kecantikan dan mekap dan serta syampu

Nestle, memiliki 23 peratus L’oreal, bersetuju dengan keluarga pengasas itu, kedua-dua pihak tidak boleh menambah pemilikan mereka ketika Liliane Bettencour­t masih hidup dan sekurang-kurangnya enam bulan selepas kematianny­a.

Tak gemar publisiti

Syarikat Switzerlan­d itu menjadi pelabur utama sejak 1974 apabila Bettencour­t menyerahka­n hampir separuh pemilikann­ya dalam firma itu kepada Nestle sebagai pertukaran tiga peratus pegangan dalam syarikatny­a.

Beliau membuat tindakan itu bimbang L’oreal mungkin dijadikan syarikat kerajaan jika Sosialis berkuasa di Perancis.

Minat terhadap kekayaan Bettencour­t, hubungan rumit keluarga dan kehidupan dipenuhi skandal sering kali memenuhi tajuk berita, walaupun mendiang tidak gemar publisiti dan jarang memberi temuramah. Suami, Anak,

Cucu, Nilai

 ??  ?? L’oreal L’oreal, L’oreal L’oreal Lancome Garnier. L’oreal, Maybelline
L’oreal L’oreal, L’oreal L’oreal Lancome Garnier. L’oreal, Maybelline

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia