Berita Harian

Lorenzo yakin rangkul kejuaraan di litar kering

-

Aragon: Penunggang Motogp Sepanyol, Jorge Lorenzo percaya dia sudah bersedia untuk memenangi perlumbaan dalam keadaan litar kering bermula di Grand Prix (GP) Aragon, di sini, hari ini.

Selepas gagal merakam sebarang kemenangan bersama Ducati musim ini, Lorenzo tiba di sini dengan jangkaan tinggi dan merasakan peluangnya untuk meraih mendaki podium kejuaraan cerah.

Lorenzo berjaya mendahului perlumbaan di Misano sebelum terjatuh, namun dengan dua kemenangan yang pernah diraih di Aragon sebelum ini, keyakinann­ya juara dunia lima kali itu kian bertambah.

“Benar, jangkaan mereka adalah tinggi,” kata Lorenzo. “Aragon dan Motegi boleh menjadi litar yang bagus buat kami terutama Motegi.

“Tetapi saya percaya Aragon lebih bagus kerana sebagai contoh, pada tahun pertama saya berlumba di sini pada 2010, Ducati amat pantas dan Casey memenangin­ya, Nicky di tempat ketiga dengan merampasny­a daripada saya.

“Tetapi selepas itu sehingga sekarang, ia lebih sukar buat Ducati terutama tahun lalu. Jadi saya amat teruja untuk melihat tahap kompetitif jentera ini miliki.

lebih kompetitif

“Sudah pasti ia akan lebih kompetitif namun saya ingin tahu apakan tahapnya terutama jika kamu melihat yang kamu menjadi semakin baik dan baik dan semakin mencapai sasaran kamu iaitu menang dengan jentera ini.”

Lorenzo berkata, kemarau kemenangan tampak seakan berakhir di Misano namun ia tidak menjadi kenyataan selepas dia terjatuh.

“Jadi kami mempunyai beberapa peluang untuk menang dalam keadaan hujan namun saya percaya dalam keadaan kering kami juga bersaing dalam beberapa perlumbaan. Saya berharap ia sama di sini,” katanya yang mengalualu­kan kehadiran semula Valentino Rossi ke perlumbaan berkenaan selepas mengalami kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia