Berita Harian

Mourinho puji peledak MU

Gembira miliki barisan serang seimbang, tajam merobek benteng lawan

-

London

JUnited pada musim lalu, ketika pergerakan penyerang-penyerangn­ya sering disekat hingga memaksa kelab itu sering mencatat keputusan seri di Old Trafford.

Lukaku berbisa

Dengan pemain yang dibeli dari Everton, Romelu Lukaku tampak cukup berbisa dan sudah menjaringk­an tujuh gol, selain ketajaman Marcus Rashford dan Anthony Martial, United seperti berada di landasan terbaik untuk memenangi gelaran yang kali terakhir diraih pada 2013.

“Saya fikir semua pemain di bahagian serangan memberikan keseimbang­an yang baik kepada pasukan dan terutamany­a kegembiraa­n. Kami nampak gembira bermain bola sepak ketika ini dan itulah yang saya inginkan.

“Mereka semua mahu bermain dan bersedia untuk bermain. Mereka semua mahu menggunaka­n setiap minit yang mereka miliki di atas padang dan cuba untuk meningkat dan mempunyai keseronoka­n untuk bermain.

“Saya amat gembira dengan komitmen itu, keseronoka­n dalam permainan.”

Setakat ini, hanya Manchester City mampu menyamai jaringan yang dibuat United dengan skuad bimbingan Pep Guardiola itu berada di tangga teratas liga kerana susunan abjad.

 ??  ?? Kelibat Lukaku menyemarak­kan lagi barisan depan MU. Hingga kini bekas pemain Everton itu meledak tujuh gol.
Kelibat Lukaku menyemarak­kan lagi barisan depan MU. Hingga kini bekas pemain Everton itu meledak tujuh gol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia