Berita Harian

Pemain Liverpool bukan ‘lembut’

Klopp mahu anak buah segera berubah ketika jumpa Leicester sekali lagi

-

Jurgen Klopp berusaha sedaya upaya untuk kekal positif ketika September tampak mengecewak­an bagi Liverpool setakat ini, dengan pengendali dari Jerman itu mahu peningkata­n mendadak dipamerkan bertemu Leicester City.

Liverpool mengakhiri Ogos dengan semangat tinggi hasil kemenangan besar 4-0 ke atas Arsenal, namun mengharung­i deretan empat perlawanan tanpa kemenangan termasuk disingkirk­an The Foxes dalam kempen Piala Liga.

Semangat Leicester ketika ini juga tinggi susulan kemenangan 2-0 ke atas The Reds, Selasa lalu, namun Klopp menolak dakwaan yang pemainnya terlalu ‘lembut’ dan tidak mempunyai kekuatan mental yang tinggi.

Perlu cari karakter

“Benar kami perlu mendapatka­n karektor yang tepat. Mereka sudah membuktika­nnya beratus-ratus kali sebelum ini,” katanya.

“Ia kedengaran seperti kami tidak mendapat sebarang mata langsung dan pasukan terburuk dalam liga. Benar kami berdepan masalah. Kerana itu kami hanya meraih lapan mata dan bukannya 15. Itulah situasinya.

“Kami boleh menjadi lebih serius berbanding sekarang atau kami boleh menanganin­ya seperti ini. Benar ada banyak kerja yang perlu dibuat. Tetapi ia juga sama jika kami mendapat 15 mata.”

Selepas bangkit untuk mengikat Burnley 1-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu, Liverpool sebelum itu bangkit untuk mengikat Sevilla 2-2 dalam kempen Liga Juarajuara.

Begitupun, kebimbanga­n sebenar bagi Liverpool ialah kerapuhan bahagian benteng pertahanan dengan gawang mereka ketika ini dibolosi 10 kali dalam empat perlawanan terakhir.

Leicester yang menanti kunjungan The Reds buat kali kedua, dalam pada itu mengakui kemenangan dalam kempen Piala Liga tidak boleh dijadikan ukuran dalam saingan EPL.

Klopp melakukan lapan perubahan ketika perlawanan itu dan pemain sayap The Foxes, Marc Albrighton menjangkak­an Liverpool akan menyenarai­kan barisan terkuat kali ini.

“Mereka akan menurunkan kembali pemain yang diberi rehat. Ia akan memberi kesukaran kepada kami terutama di awal permainan kerana mereka sentiasa memberi tekanan yang tinggi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia