Berita Harian

Sukar berdepan Shi Yuqi: Chong Wei

-

Kuala Lumpur: Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei menjangkak­an dia akan berdepan perlawanan sukar apabila turun menentang pemain China, Shi Yuqi dalam aksi separuh akhir Terbuka Jepun, hari ini.

Chong Wei semakin hampir dalam misi memburu gelaran ketujuh Terbuka Jepun selepas mengesahka­n tempat ke separuh akhir dengan mengetepik­an cabaran pilihan keempat dari Taiwan, Chou Tien Chen 21-11, 15-21, 21-19, semalam.

Dia yang dalam usaha membina semula tahap keyakinann­ya susulan kekalahan mengejut di pusingan pertama Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland bulan lalu.

“Apabila sudah mara ke separuh akhir pastinya perlawanan akan bertambah sukar. Dengan usia saya yang semakin meningkat dan menentang pemain yang lebih muda, ia memang akan menjadi perlawanan yang sukar.

“Saya perlu lebih fokus esok. Saya tidak mahu fikir banyak sebaliknya fokus satu demi satu perlawanan,” kata Chong Wei ketika dihubungi di Tokyo, semalam.

Enam kali bergelar juara

Pemain berusia 35 tahun itu sudah enam kali bergelar juara Terbuka Jepun bermula 2007, 2010, 2012, 2013, 2014 dan 2016.

Bagi jurulatih yang mengiringi Chong Wei di Tokyo, Tey Seu Bock, pemain itu belum mencapai tahap prestasi sebenarnya tetapi menunjukka­n peningkata­n dalam setiap perlawanan dihadapiny­a.

“Sekarang bukan lagi soal siapa lawan Chong Wei tetapi lebih kepada dirinya sendiri. Dia secara perlahan mendapat semula keyakinann­ya dan saya harap ia akan terus meningkat apabila dia bertemu Sho Yuqi esok,” katanya.

Bagaimanap­un, nasib tidak menyebelah­i beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-ong Yew Sin yang tersingkir di suku akhir.

Mereka tewas kepada pasangan Jepun, Takuto Inoue-yuki Kaneko 15-21, 18-21.

Apabila sudah mara ke separuh akhir pastinya perlawanan akan bertambah sukar. Dengan usia saya yang semakin meningkat dan menentang pemain yang lebih muda, ia memang akan menjadi perlawanan yang sukar” Lee Chong Wei, Jaguh badminton negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia