Berita Harian

Sasikumar, Ka Tong unggul

-

Rawang: nyim menjadi pemain pertama me

kejohanan golf Prudential Astro Masters sebanyak tiga kali.

Pemain berusia 41 tahun itu layak ke grand final kejohanan di Muscat, Oman November ini apabila mengunggul­i pusingan ke-16 di Kelab Country Templer Park (TPCC) semalam selepas mencatat pusingan 72 di lapangan sukar berkenaan.

“Saya bernasib baik, dua kali melakukan birdie menerusi pukulan cip,” kata Sasi, juara kelab TPCC 2016 yang mendapat saingan sengit daripada S Sasikumar me rakan-rakan dari kelab yang sama, SP Maniam dan Eric Foo.

Maniam yang memegang handikap lapan bagaimanap­un memenangi kategori nett dengan catatan 67 dan akan menyertai Sasi pada aksi grand final di Muscat.

Kali pertama Sasi memenangi Prudential Astro Masters ialah di Chiangmai pada 2008 dan sekali lagi di Phuket selepas tempoh lima tahun.

Berjaya ke grand final

Sementara itu di Kelab Golf dan Country Damai di Kuching, Lee Ka Tong memenangi kategori gross untuk menempah tiket ke grand final selepas mencatat dua atas par 74. Jumat Muhi dari Bintulu memenangi kategori nett untuk turut menyertai pusingan akhir di Muscat.

Borang penyertaan dan maklumat kejohanan boleh didapati di laman web www. golfpeople.com.my dan yuran penyertaan adalah RM350 untuk pelanggan Astro, RM450 untuk bukan pelanggan.

Pusingan seterusnya adalah di Kelab Golf dan Country Mahkota, Kuantan hari ini, diikuti Kelab Golf dan Country Lembah Meru, Sabtu depan sebelum pusingan terakhir di Kota Permai pada 5 Oktober.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia