Berita Harian

The Red Giants tekad bangkit hampakan Helang Merah

- HARI INI Oleh Aziman Rosdi

Shah Alam: Pemain pertahanan Selangor, Adam Nor Azlin percaya mereka masih berpeluang untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia, namun perlu mempamerka­n aksi luar biasa bagi menundukka­n Kedah, esok.

Ia bukan tugas mudah untuk skuad The Red Giants bangkit di Stadium Darul Aman pada suku akhir kedua selepas mereka tewas 2-3 di Selayang pada pertemuan pertama Sabtu lalu.

Itu diakui sendiri oleh Adam, namun tetap menganggap ia bukan mustahil untuk Selangor melakukan kejutan.

“Peluang masih ada walaupun kita akui, bermain di stadium keramat Kedah bukan sesuatu yang mudah. Apa yang penting semua pemain kena fokus dan mengikut arahan jurulatih.

Tidak boleh lakukan kesilapan lagi

“Kami tidak boleh melakukan kesilapan lagi terutama di bahagian pertahanan. Saya harap kami semua dapat berikan aksi terbaik dan luar biasa untuk menang,” katanya semalam.

Selangor yang dibimbing P Maniam hanya mencatat keputusan seri 1-1 menentang Kedah di tempat lawan Julai lalu.

Dengan prestasi buruk, kalah tiga perlawanan berturut-turut dalam aksi Liga Super dan Piala Malaysia, situasi dilihat tidak memihak kepada Red Giants ketika ini.

Adam yang menjadi tonggak skuad bawah 22 tahun (B-22) negara meraih perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berkata, mereka tidak boleh hanya memberi tumpuan kepada penyerang sensasi Kedah Ken Ilso.

“Kedah mempunyai ramai pemain yang bagus di setiap posisi, jadi kami semua harus berhati-hati dengan semua pemain mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia