Berita Harian

Berkat doa ibu bapa

-

Jamba Dana dan ibunya, Entin Jerimin kedua-duanya dari Sri Aman, Sarawak mahu menyaksika­n dia beraksi, namun kekangan masa dan kewangan menyebabka­n mereka tidak dapat meneruskan hasrat itu.

“Walaupun tiada di sini, pada setiap awal pagi mereka sudah menelefon saya memberikan kata-kata semangat untuk melakukan yang terbaik,” kata perenang berumur 30 tahun itu.

Padam rekod 12 tahun

Pada saingan semalam, perenang berketurun­an Iban itu memenangi emas acara 150 meter rampaian individu SM4 (lumpuh kaki) dengan catatan 3 minit 22.21 saat sekali gus memadam rekod 12 tahun dicatat perenang negara, Wong Chee Kin (3:49.01s) di Manila.

Tidak berhenti setakat itu, Anderson Jamba Anderson turut menghadiah­kan pingat emas keduanya apabila mengunggul­i acara 50m kuak lentang S4 dengan merekodkan 52.06s.

“Selepas memenangi acara pertama (150m rampaian individu), saya rasa keyakinan saya semakin tinggi untuk memenangi emas kedua,” katanya ketika ditemui.

Kejayaan meraih dua emas dan satu perak pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) ini adalah pencapaian terbaik sepanjang penyertaan­nya pada temasya itu selepas di Myanmar dan Singapura yang berakhir dengan tangan kosong.

Mengimbau kembali bagaimana perenang itu mula menyertai sukan renang, Anderson berkata dia yang mengalami lumpuh ketika umurnya 14 tahun akibat demam panas bertemu seorang lagi perenang negara, Fraidden Dawan di Pusat Pemulihan Orang Upaya di Kuching pada tahun 2004.

“Fraidden yang ajar saya berenang sebelum ini dan kami mula bersama-sama. Kebetulan juga kami sama-sama memenangi dua emas pada kali ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia