Berita Harian

Tetap puas hati walaupun tak capai sasaran

-

Kuala Lumpur: Biarpun gagal menepati sasaran 10 emas yang disasarkan, jurulatih renang negara, Li Xin Xin tetap menganggap anak didiknya berjaya melakukan sesuatu yang membanggak­an.

Katanya, beberapa perenang mempamerka­n prestasi di luar jangkaan sepanjang temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, antaranya Fraidden Dawan dan Mohd Adib Iqbal Abdullah.

Dia berpuas hati dengan pencapaian sembilan emas, 17 perak dan 10 gangsa yang berjaya memperbaik­i prestasi pencapaian di Singapura dua tahun lalu iaitu tujuh emas, 13 perak dan empat gangsa.

“Jika diikutkan, perenang negara kurang menjalani latihan secara intensif seperti atlet dari Indonesia mahupun Vietnam.

“Mereka kurang menjalani latihan, jadi jika ditanya sama ada saya berpuas hati atau tidak dengan pencapaian sembilan emas, ya saya puas hati,” katanya.

Begitupun, Xin Xin berkata, beberapa atlet gagal menepati sasaran yang ditetapkan kerana kurang fokus, selain melakukan beberapa masalah teknikal ketika bertanding.

Justeru sebagai persiapan menghadapi temasya Para Asia di Indonesia tahun depan, semua perenang diminta untuk lebih fokus dan melipatgan­dakan usaha.

Dalam acara renang temasya kali ini, Indonesia membolot 39 emas, 13 perak dan 12 gangsa Malaysia di tangga ketiga ketiga dengan sembilan emas, 17 perak dan 10 gangsa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia