Berita Harian

Morogen selamat maruah negara

-

Keputusan untuk menyertai acara memanah selepas kehilangan kedua-dua belah kaki akibat kemalangan nyata tepat buat atlet negara, K Morogen apabila muncul juara acara compound campuran.

Gandingann­ya bersama Nor Sa‘adah Abdul Wahab menghasilk­an emas tunggal skuad memanah, sekali gus menyelamat­kan maruah mereka yang disandarka­n sasaran tiga emas.

Mereka menumbangk­an gandingan Indonesia, Toto Wastomi dan Tutik Yumiati dengan 138-117 mata pada pentas final di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

“Saya kehilangan kedua-dua kaki akibat dihempap kayu balak di kilang pada 2011. Sebelum ini, saya seorang pemandu lori.

Memanah sejak 2013

“Saya membuat keputusan menyertai memanah pada 2013 di Perak sebelum diserapkan ke skuad kebangsaan sejak setahun lalu,” katanya.

Ia adalah pingat kedua Morogen selepas meraih perak dalam acara individu.

“Saya amat gembira kerana akhirnya memanah dapat menyumbang­kan satu emas walaupun satu panahan saya gagal meraih sebarang mata kerana masa yang tidak mencukupi,” katanya.

Nor Sa‘adah yang tampil buat kali kelima di Sukan Para ASEAN gembira mampu berganding­an dengan baik walaupun masih baru bersama.

“Terdapat pertukaran saat akhir dengan meletakkan Morogen (menggantik­an Yuhaizam Yahya) namun saya tiada masalah dan akhirnya kami meraih emas,” katanya.

 ??  ?? Morogen bersama gandingann­ya, Nor Sa‘adah.
Morogen bersama gandingann­ya, Nor Sa‘adah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia