Berita Harian

Rahsia kejayaan bekas tukang kasut

-

Kuala Lumpur: Sikap tidak pernah kenal erti putus asa dan sanggup berlatih meskipun menderita kesakitan menjadi antara resipi kejayaan Adderin Majurin pada temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017).

Fikiran bekas tukang kasut ini sentiasa berlegar dengan perkara yang cukup positif walaupun dia terpaksa turun ke padang berjam-jam berlatih demi mengecapi sebuah kejayaan.

Dia memulakan latihan bermula jam 8 hingga 11.30 pagi dan menyambung kembali latihan dari jam 2 hingga 5 petang setiap hari Isnin hingga Sabtu sepanjang minggu.

Atlet ini sentiasa mengingati ibunya, Unsani Bingol dan bapanya, Majurin Kanjiman sudah meninggal setiap kali bertanding termasuk melakukan semalam yang menyaksika­n dia memenangi gangsa acara lempar cakera lelaki F34 (cerebral palsy) dengan jarak 20.31m.

Pingat emas acara ini milik Vo Van Tung dari Vietnam (26.23m) manakala atlet negara, Davis Machang di tempat kedua untuk memenangi pingat perak (20.99m) pada aksi yang berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Buat sehabis baik

“Memang saya sudah lakukan latihan habis-habisan demi bertanding di Sukan Para Para KL2017 sejak Februari lalu. Bagi saya tiada siapa yang menjadi penentu masa depan, melainkan diri sendiri ... tak cukup jika jurulatih melatih kita bersungguh­sungguh tetapi atlet ambil sambil lewa.

“Walaupun pingat gangsa tetapi saya gembira dengan kepu- tusan ini dan pingat ini untuk kamu semua, rakyat Malaysia,” kata Adderin, seorang peminat tegar pasukan Liga Super Pahang meskipun dia berasal dari Kota Marudu, Sabah di sini, semalam.

Adderin turut melakar keputusan cemerlang apabila memenangi pingat emas acara lontar peluru lelaki F33 dengan balingan sejauh 7.51m, semalam.

Dia berkata amat berpuas hati selepas berjaya bangkit dan membalas dendam terhadap atlet dari Vietnam selepas tewas dua tahun lalu pada temasya sama di Singapura.

 ??  ?? Adderin Majurin
Adderin Majurin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia