Berita Harian

Thavanesva­ran raja pecut Para KL2017

-

Kuala Lumpur: S Thavanesva­ran meraih gelaran ‘Raja Pecut’ Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) selepas merangkul tiga emas dan perak sepanjang lima hari sukan olahraga berlangsun­g yang berakhir semalam.

Atlet berusia 18 tahun dari Segamat, Johor itu memenangi emas dalam acara 100 meter (m), 200m dan 400m serta pingat perak dalam acara 4x100m.

Dalam acara terakhir semalam, dia memecut dengan catatan masa 24.15s untuk merangkul emas dalam acara 200m.

Atlet negara yang turut merangkul tiga emas ialah Umi Syuhadah dan semuanya di dalam acara padang.

Ketua Jurulatih Olahraga Para negara, R Jeganathan berkata; “Thavanesva­ran adalah seorang daripada atlet prospek emas yang begitu cemerlang dan saya yakin, dia masih mampu melakukan yang lebih baik.”

Thava beraksi dalam acara T42, kerana saiz kedua-dua belah kakinya adalah berbeza. Saiz kaki kiri ialah tiga, manakala sebelah kiri ialah enam.

Dia berlari tanpa menggunaka­n blok permulaan, menyebabka­n dia bermula perlahan tetapi masih mampu memecut laju ke garisan penamat untuk menjulang pingat emas.

“Saya tidak tahu mengenai gelaran atlet trek terbaik, itu bukannya alasan kenapa saya menyertai Sukan Para. Saya cuma mahu berlari dalam kejohanan kompetitif untuk menguji keupayaan diri,” kata Thava.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia