Berita Harian

Kontinjen negara gagal capai sasaran

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Berbaki sehari sebelum temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) melabuhkan tirainya kontinjen Malaysia boleh disifatkan gagal mencapai sasaran 103 pingat emas yang ditetapkan.

Sehingga jam 8 malam tadi, kontinjen Malaysia berada di kedudukan kedua carta pungutan pingat dengan mengumpul 89 emas, ketinggala­n di belakang Indonesia yang menerajui carta dengan 112 emas.

Dengan Malaysia dijangka hanya mampu meraih maksimum dua emas pada hari terakhir menerusi acara goalball dan ping pong, jelas sasaran 103 emas tidak akan tercapai pada temasya kali ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, mengakui agak mustahil untuk mencapai sasaran yang ditetapkan itu, namun tetap berpuas hati dapat menamatkan saingan di tempat kedua keseluruha­n.

“Kita akui memang sukar mahu capai sasaran ditetapkan kali ini. Apa yang paling penting kita dapat capai sasaran untuk muncul naib juara pada temasya kali ini.

Thailand gagal dominasi

“Walaupun kita gagal capai sasaran emas tetapi kita tidak gagal sebenarnya kerana masih banyak lagi kejayaan atlet kita kali ini yang boleh kita banggakan.

“Saya akan mengulas lebih lanjut perkara ini esok (hari ini) dalam satu sidang media,” kata Shapawi kepada BH Sukan malam tadi.

Ditanya punca kontinjen Malaysia gagal mencapai sasaran emas yang ditetapkan, Shapawi berkata Thailand banyak melepaskan penguasaan Malaysia dalam acara yang sering mereka dominasi sebelum ini.

“Apabila Thailand gagal mengekalka­n dominasi mereka, Indonesia mengambil kesempatan itu dan berjaya menang emas. Ini adalah salah satu punca kita gagal capai sasaran, butiran lanjut saya ulas esok,” katanya.

Walaupun kita gagal capai sasaran emas tetapi kita tidak gagal sebenarnya kerana masih banyak lagi kejayaan atlet kita kali ini yang boleh kita banggakan” Ahmad Shapawi Ismail , Ketua Pengarah MSN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia