Berita Harian

KES PEMBUNUHAN KEVIN MORAIS

Mahkamah Tinggi perintah enam termasuk pakar patologi bela diri

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah

Enam lelaki, termasuk seorang pakar patologi diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap semua tertuduh.

“Setelah meneliti keterangan kes pihak pendakwaan dengan penelitian maksimum mengikut peruntukan Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah dan keskes yang tersohor, mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n satu kes prima facie,” kata Azman.

Tetapkan 6 hari bela diri

Azman menetapkan selama enam hari bermula 19 Januari depan untuk semua tertuduh membela diri.

Lima lelaki, iaitu R Dinishwara­n, 24; A K Thinesh Kumar, 23; M Vishwanath, 26; S Nimalan, 23, dan S Ravi Chandaran, 45, dituduh membunuh Kevin ketika perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.

Pakar Patologi, Kolonel Dr R Kunaseegar­an, 53, didakwa bagi mencapai niat bersama-sama dengan lima lelaki itu untuk membunuh Kevin pada tempat, masa dan tarikh sama.

Didakwa ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin, manakala peguam Datuk N Sivanantha­n, M Manoharan, V Rajehgopal dan Shiva Kumar mewakili semua tertuduh.

Pihak pendakwaan memanggil 70 saksi pada perbicaraa­n kes itu yang berlangsun­g selama 57 hari bermula pada 6 April 2016.

Mayat Kevin Morais, 55, ditemukan di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini, pada 16 September 2015.

 ??  ??
 ?? [FOTO YAZIT RAZALI/BH] ?? Adik mangsa, Richard Morais (kiri) bersama Peguam Pemerhati, Datuk Simon Sabapathy selepas Mahkamah Tinggi memerintah­kan enam tertuduh bela diri, semalam.
[FOTO YAZIT RAZALI/BH] Adik mangsa, Richard Morais (kiri) bersama Peguam Pemerhati, Datuk Simon Sabapathy selepas Mahkamah Tinggi memerintah­kan enam tertuduh bela diri, semalam.
 ??  ?? Laporan BH 19 November, 2016.
Laporan BH 19 November, 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia