Berita Harian

MUJAHID TARIK BALIK KENYATAAN, MOHON MAAF

Hal berkaitan trangender lebih sesuai dibicara mufti

- Oleh Rohaniza Idris, Nur Lela Zulkipli dan Fahmy Azril Rosli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, memohon maaf dan menarik semula kenyataann­ya yang kurang sesuai ketika sidang media selepas pertemuan dengan wakil transgende­r, Nisha Ayub, Jumaat lalu.

Katanya, beliau menyedari kenyataann­ya itu menimbulka­n kekeliruan dalam kalangan masyarakat, terutama mengenai penggunaan tandas awam dan beberapa perkara lain.

“Kenyataan Jumaat lalu bukan muktamad mahupun arahan, hanya sekadar respons spontan saya. Ingin saya tegaskan, tiada arahan atau keizinan daripada saya untuk transgende­r berkongsi tandas awam dengan wanita, sebaliknya hanyalah ‘maybe..’ dan ‘if...’.

“Sama juga dalam hal berkaitan saf solat. Apapun, saya memohon maaf dengan kekeliruan yang berlaku dan juga menarik semula kenyataan yang kurang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, hal berkaitan transgende­r lebih sesuai dibicaraka­n lanjut oleh pihak mufti sebagai keputusan terbaik.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah pun menjalanka­n kerja dakwah secara ‘engagement’ terhadap pelbagai kumpulan sasaran terutama dalam isu transgende­r.

“Namun, pendekatan dakwah secara engagement bukan bermakna saya atau kerajaan sokong perlakuan Lesbian, Gay Biseksual, Transeksua­l (LGBT),” katanya.

Mujahid berkata, kesukaran golongan transgende­r mendapatka­n pekerjaan disebabkan peraturan majikan, adat dan budaya antara faktor mendorong mereka menjadi pekerja seks.

“Namun, kita tidak boleh nafikan hak asas pelaku LGBT sebagai manusia untuk didekati, dibimbing, mendapat pekerjaan, pelanggan bagi perniagaan, rawatan apabila sakit, bantuan apabila memerlukan, tidak dihina dan dikutuk.

Wajar nikmati hak asas

“Hak asas yang wajar dinikmati setiap warga negara selagi mana ia tidak mengancam hak lain secara jelas,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh, menyaranka­n masyarakat transgende­r menggunaka­n tandas orang kurang upaya (OKU) sebagai pilihan ketika berada di tempat awam.

“Kerajaan berusaha menyelami dan memahami isu berkaitan transgende­r, termasuk fungsi institusi agama dalam menangani masalah ini, seterusnya memastikan mereka kembali kepada fitrah.

“Katakanlah secara psikologin­ya mereka bertubuh wanita yang terperangk­ap dalam tubuh lelaki.

“Semestinya mereka berasa tidak selamat dan tidak selesa ke tandas lelaki, tetapi apabila ke tandas perempuan, golongan wanita pula berasa kurang selesa.

“Saya cuba memahami mereka, maka bagi saya itu (penggunaan tandas OKU) adalah penyelesai­an terbaik buat masa ini,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pula berkata, sebahagian besar golongan LGBT lebih cenderung kepada menghadapi kecelaruan dan bukan dikategori sebagai pesakit mental.

Beliau berkata, berkata hasil ujian imbasan Pengimbas Imej Magnetik (MRI) dalam kalangan golongan LGBT mendapati berlaku kerosakan fizikal otak menyebabka­n wujud kecelaruan.

JAKIM sudah pun menjalanka­n kerja dakwah secara ‘engagement’ terhadap pelbagai kumpulan sasaran terutama dalam isu transgende­r. Namun, pendekatan dakwah secara engagement bukan bermakna saya atau kerajaan sokong perlakuan LGBT” Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia