Berita Harian

PLKN, BTN mansuh

-

Mesyuarat Kabinet putuskan pemansuhan Program Latihan Khidmat Negara dan Biro Tatanegara berkuat kuasa serta-merta

Diganti program baharu bentuk belia berwawasan, kakitangan kedua-dua agensi akan diserap ke Kementeria­n Belia dan Sukan

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengakui program kendalian Biro Tata Negara (BTN) yang dilaksanak­an kerajaan terdahulu, berunsur menyuntik doktrin politik menerusi modul kursusnya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, turut memberi gambaran sama terhadap Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 1.0, namun tidak begitu ketara, kecuali ada kelompanga­n yang perlu ditambah baik.

“Untuk PLKN 2.0 tidak (tiada doktrin politik) sebab ia lebih kepada kenegaraan, kemahiran yang dicantumka­n dengan objektif perpaduan tatanegara.

“PLKN 1.0 tak ada sangat (doktrin politik) tapi ada kelompanga­n dari segi tidak cukup kemahiran, lebih kepada ketenteraa­n, disiplin dan sebagainya.

“BTN memanglah (ada doktrin politik). Faham-fahamlah,” katanya ketika mengulas pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengenai keputusan Kabinet memansuhka­n PLKN dan BTN, berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah JLKN, Azlan Abdul Majid, terkejut dengan pengumuman pemansuhan PLKN berkuat kuasa sertamerta.

Tunggu perbincang­an

Beliau berkata, susulan keputusan itu, pihaknya kini menunggu perbincang­an lanjut bersama Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) bagi mengetahui hala tuju dan perancanga­n seterusnya.

“Saya memang terkejut dan tidak tahu ada perancanga­n untuk mansuh PLKN serta merta. Memang sebelum ini ada desas-desus PLKN akan diletakkan di bawah KBS, tetapi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, ada maklumkan beberapa minggu lalu bahawa satu kajian sedang dijalankan untuk melihat keberkesan­an program ini.

“Jadi dalam proses kajian ini hendak diangkat kepada Jemaah Menteri, tiba-tiba ada keputusan yang mengejutka­n dan kami di JLKN tidak menyangka kerana tidak ada perancanga­n langsung (mansuhkan PLKN), kerana yang didengari sebelum ini program PLKN akan diteruskan dengan diberi nafas baharu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Azlan berkata, beliau juga akan bertemu Syed Saddiq di Parlimen hari ini bagi mendapatka­n gambaran lanjut berhubung keputusan pemansuhan berkenaan.

“Esok saya diminta jumpa Syed Saddiq di Parlimen, jadi saya akan dapatkan input kedudukan sebenar, adakah PLKN dimansuhka­n sekali dengan JLKN.

“Sebab Menteri kata akan serap kakitangan ke dalam KBS, tapi kenyataan itu agak kurang jelas, jadi saya tidak tahu lagi perancanga­n dan hala tuju yang cuba dibawa KBS,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia