Berita Harian

AKSES INTERNET REMAJA BAWAH 17 TAHUN MUNGKIN DIHADKAN

Kerajaan kaji langkah tangani ketagihan permainan dalam talian

-

Akses internet kepada remaja bawah 17 tahun mungkin dihadkan sepanjang jam 12 tengah malam hingga 6 pagi seperti di Jepun dan Korea Selatan, sebagai langkah mengawal ketagihan permainan dalam talian.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata inisiatif itu adalah antara langkah dikaji kerajaan menangani masalah ketagihan permainan video dan aplikasi media sosial dalam kalangan remaja di negara ini.

“Kerajaan mengkaji sama ada langkah berkenaan boleh dilakukan di negara ini.

“Ada juga provider (penyedia permainan) yang menyekat pengguna berusia bawah 17 tahun untuk tempoh tertentu seperti satu hingga dua jam sebelum tidak dibenar melayari internet (offline).

“Itu antara langkah boleh diambil dan dikaji bagi memastikan ketagihan permainan video dapat dikawal,” katanya.

Beliau menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPSPBB Sibuti) sama ada ketagihan permainan dan aplikasi media sosial dikategori­kan sebagai masalah mental, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Dr Boon Chye berkata, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Malaysia tahun lalu mendapati kanak-kanak berusia antara 13 hingga 17 tahun di negara ini menunjukka­n ketagihan internet sebanyak 34.9 peratus.

Beliau berkata, tinjauan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai corak penggunaan internet tahun lalu mendapati 80 peratus daripada24.1 juta pengguna menggunaka­n internet untuk kegunaan media sosial.

“Tinjauan berkenaan mendapati purata tempoh penggunaan internet adalah melebihi empat jam sehari,” katanya.

Kesan negatif

Beliau berkata, ketagihan permainan dan aplikasi media sosial menyebabka­n kesan negatif ke atas individu, selain mendorong pengguna melakukan aktiviti berkenaan hingga menjadi tabiat.

Katanya, kemas kini terkini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam Klasifikas­i Penyakit Kebangsaan (ICD) menerusi drafnya yang ke-11 menyatakan ketagihan permainan video termasuk dalam kategori penyakit mental, tingkah laku dan gangguan perkembang­an.

“Ketagihan media sosial belum diklasifik­asikan sebagai gangguan mental,” katanya.

Itu antara langkah boleh diambil dan dikaji bagi memastikan ketagihan permainan video dapat dikawal” Dr Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia