Berita Harian

Syor teruskan projek ECRL

-

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mempersoal­kan kewajaran kerajaan untuk melaksanak­an projek kereta nasional ketiga sedangkan fokus sepatutnya terarah kepada projek landasan kereta api berkembar.

Wakil rakyat PKR itu tidak bersetuju dengan cadangan kereta ketiga kerana negara sudah memiliki PROTON dan PERODUA.

“Apa yang lebih baik (diberi keutamaan) adalah projek yang jarang disebut seperti landasan kereta api berkembar elektrik dari Gemas ke Johor Bharu yang perlu dipercepat­kan.

Saran teruskan Projek ECRL

“Projek ini tidak semahal projek kereta api berkelajua­n tinggi Kuala Lumpur-singapura (HSR),” katanya ketika membahaska­n Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Penguntuka­n semula Peruntukan Perbelanja­an) 2018 di Dewan Rakyat, semalam.

Hassan turut menyaranka­n Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan bagi membantu pembanguna­n di negeri Pantai Timur.

Katanya, projek ECRL membabitka­n kos tinggi tetapi jika aspek itu menjadi masalah, ia wajar dikaji semula bagi membolehka­n kos dikurangka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia