Berita Harian

Bekas PM fail rayuan halang bicara merit kes

-

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan perintah larangan bagi menghalang media dan orang ramai membicarak­an merit kes pecah amanah dan menyalahgu­nakan kedudukan yang dihadapiny­a, semalam.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu dan turut memaklumka­n bahawa ia sudah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara.

Sementara itu, peguam Harvinderj­it Singh yang juga seorang dalam pasukan pembelaan, ketika dihubungi mengesahka­n bahawa notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, secara dalam talian pada jam 3.30 petang semalam.

Jumaat lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib itu atas alasan ia adalah tidak wajar kerana undang-undang penghinaan mahkamah dan fitnah sedia ada sudah cukup untuk mengendali­kan risiko prejudis atau campur tangan dalam sistem keadilan jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia