Berita Harian

‘Golongan LGBT tiada hak buat tuntutan’

-

Seremban: Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) boleh disifatkan seperti pengedar dadah dan mereka tidak memiliki apa-apa hak untuk dituntut dalam negara.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata golongan itu secara jelas melanggar peraturan agama dan hak asasi manusia, maka apakah yang ingin dituntut lagi.

“Saya tidak faham apa yang aktivis LGBT, Datin Paduka Marina Mahathir ingin perjuangka­n. Sebagai wanita Islam beliau harus sedar LGBT melanggar agama, kenapa menyokong,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Yusof berkata, setiap perjuangan mesti berlandask­an ilmu agama bukan mengikut perasaan.

Bertentang­an ajaran Islam

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menegaskan kerajaan negeri tidak mengiktira­f LGBT kerana bertentang­an ajaran Islam.

“Mereka boleh komen apa sahaja tapi kita perlu tegas kerana budaya masyarakat keseluruha­n dan Islam sebagai agama rasmi mengikut Perlembaga­an perlu dihormati,” katanya selepas merasmikan majlis Perjumpaan Pengerusi Jawatankua­sa Kariah dan Setiausaha Masjid bersama Menteri Besar di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Latteffah Ali, berkata semua tuntutan oleh aktivis LGBT yang mahukan hak sama rata diberi kepada mereka sebagai merapu kerana kerajaan sebelum ini sudah memberikan peluang bersekolah, perubatan dan peluang pekerjaan.

Katanya, susulan tuntutan itu timbul isu lelaki lembut mahu menggunaka­n tandas wanita dan ia tidak masuk akal.

Di Kangar, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta golongan LGBT memeriksa alat sulit mereka sebelum memasuki tandas.

“Saya mencadangk­an jika kekeliruan terjadi kepada manamana individu, disyorkan berjumpa pakar untuk memeriksa diri, ketika membuang air kecil di saluran mana air itu keluar.

“Seandainya air kecil yang keluar itu melalui alat sulit lelaki, mestilah masuk tandas lelaki.

“Jika (air kecil) keluar melalui alat sulit wanita, sila ke tandas wanita. Jika tidak keluar langsung, ataupun tidak keluar melalui alat sulit lelaki ataupun wanita, sila ke hospital dan seandainya doktor kata cacat, bolehlah ke tandas orang kurang upaya,” katanya menerusi Facebookny­a, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia