Berita Harian

PRK masih relevan atau hanya bazir wang, masa?

-

Selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangn Negeri (DUN) Sungai Kandis, dua lagi PPK menyusul - DUN Balakong dan DUN Seri Setia yang diadakan serentak pada 8 September ini, hanya selang beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Mengikut Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, PRK bagi maksud mengisi kekosongan dalam kalangan ahli Dewan Rakyat atau ahli DUN atas sesuatu sebab selain pembubaran­nya.

PRK juga perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, namun secara lazimnya, jika tempoh kurang daripada dua tahun sebelum berakhir tempoh penggal pilihan raya, ia tidak perlu diadakan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood dilaporkan berkata, kos kendalikan PRK Balakong dan Seri Setia berjumlah RM3 juta, satu jumlah agak besar yang boleh digunakan bagi tujuan lain demi manfaat rakyat.

Penulis berpendapa­t, penilaian semula harus dibuat, sama ada perlu PRK dibuat sekiranya wakil rakyat atau penyandang­nya meninggal dunia. Disyorkan agar digubal undang-undang di mana jika wakil rakyat meninggal, wakil parti boleh dilantik menggantik­annya sehingga tamat tempoh penggal itu.

Tak ubah kedudukan DUN

Seperti di Selangor, walaupun parti mana yang menang, ia tidak dapat mengubah apa-apa kedudukan dalam DUN negeri itu sehingga boleh bertukar kerajaan. Ketika ini, pembangkan­g hanya ada lima kerusi berbanding kerajaan yang diwakili 51 kerusi.

Kita boleh mengikut contoh Indonesia apabila wakil rakyat meninggal, ia akan digantikan oleh wakil daripada parti yang menang pada penggal itu. Ia termaktub dalam Undang-undang Nombor 23 Tahun 2014 Pemerintah­an Daerah yang telah diubah, terakhir dengan Undang-undang Nombor 9 Tahun 2015.

Di negara jiran itu, setiap daerah dipimpin oleh kepala Pemerintah­an Daerah yang disebut kepala daerah. Kepala daerah untuk provinsi disebut gubernur, untuk kabupaten disebut bupati dan untuk kota disebut wali kota.

Semua mereka adalah anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan sistem pilihan raya negara itu berdasarka­n proportion­al representa­tion (perwakilan berkadar), berbeza dengan Malaysia yang guna sistem (pertanding­an undi majoriti).

Di Indonesia, gubernur, bupati dan wali kota dipilih setiap lima tahun dan ia adalah wakil pemerintah pusat di wilayah provinsi. Di Malaysia, gubernur boleh disamakan dengan Ahli Parlimen.

Bupati pula adalah kepala daerah untuk daerah kotamadya atau bersamaan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negara kita. Wali kota ialah ketua kota dan di Malaysia, jawatan itu dipanggil datuk bandar.

Negara itu merujuk Undang-undang Nombor 23 Tahun 2014, Pasal 78 UU 23/2014: (1) Kepala daerah dan/atau wakil kepala daerah berhenti kerana: a. meninggal dunia; b. permintaan sendiri atau c. diberhenti­kan.

Maka mekanisme penggantia­n kepala daerah yang meninggal dunia atau berhalanga­n tetap adalah seperti berikut: Apabila kepala daerah (gubernur, bupati atau wali kota) berhenti kerana meninggal dunia, diberhenti­kan kerana berhalanga­n tetap atau berdasarka­n keputusan mahkamah, maka dilakukan pengisian jawatan kepala daerah sesuai dengan ketentuan peraturan undang-undang mengenai pemilihan kepala daerah.

Dalam hal pengisian jawatan gubernur belum dilakukan, wakil gubernur melaksanak­an tugas gubernur sehingga dilantikny­a wakil sebagai gubernur. Begitu juga dengan bupati dan wali kota.

Dalam hal pengisian jawatan bupati/wali kota belum dilakukan, wakil bupati/wakil wali kota melaksanak­an tugas sehari-hari bupati/wali kota sehingga dengan dilantikny­a wakil bupati/wali kota sebagai bupati/wali kota.

Jimatkan wang rakyat

Ada kebaikan jika Malaysia menggunaka­n kaedah sama. Selain menjimatka­n wang rakyat dan mengelak peruntukan besar, ia juga dapat mengurangk­an politiking kerana rakyat ingin meneruskan kehidupan seharian, manakala kerajaan dapat menumpukan masa untuk mentadbir.

Juga, kesinambun­gan pentadbira­n di DUN atau Parlimen dapat diteruskan tanpa perlu menunggu tempoh panjang untuk PRK yang perlu melalui fasa penamaan calon, kempen dan pengundian, semuanya menyebabka­n pembaziran masa, wang dan tenaga.

Pilihan raya hanya perlu diadakan bagi tempoh tertentu dan seperti diamalkan di negara kita, memadai hanya sekali dalam tempoh sepenggal atau lima tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia