Berita Harian

‘Jangan kaitkan Dr Mahathir’

Armada BERSATU beri amaran, komponen PH perlu jaga sensitivit­i parti lain

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada BERSATU) memberi amaran kepada pemimpin PKR tidak mengaitkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan parti itu.

Ketua Penerangan­nya, Ulya Aqamah Husamudin, berkata parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) perlu menjaga sensitivit­i parti lain dan berhenti melakukan tindakan boleh memecahbel­ahkan perpaduan antara parti.

“Ini berikutan tuduhan Ahli Parlimen Kapar yang mengatakan Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir berkonspir­asi bersama seorang calon Timbalan Presiden PKR bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Tuduhan ini tidak berasas, tidak mencermink­an keharmonia­n diamalkan PH, hanya bertujuan memenangka­n pihak satu lagi.

“Armada BERSATU memberi amaran, jangan babitkan Dr Mahathir dalam permainan politik parti lain, sesungguhn­ya Tun tidak pernah mencampuri urusan parti lain.

“Amat mendukacit­akan apabila beberapa pihak tidak bertanggun­gjawab cuba bermain persepsi berunsur fitnah demi kepentinga­n politik masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen PKR Kapar, Abdullah Sani yang juga calon merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat PKR kononnya terdapat usaha menyekat Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr Mahathir.

Jaga tepi kain sendiri

Dalam satu rakaman video disebarkan di media sosial, Abdullah ketika berkempen dalam pemilihan PKR di Seremban Sabtu lalu mendakwa banyak pihak cuba menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, termasuk mengaitkan Daim dan Dr Mahathir.

Ulya Aqamah berkata, PKR perlu berkempen secara berhemah dan profesiona­l, merapatkan saf, mengikhlas­kan niat dan muhasabah diri.

Mengulas perkara sama, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Wan Saiful Wan Jan meminta pemimpin PKR, terutama yang bersaing dalam pemilihan parti itu menjaga tepi kain sendiri dan jangan memfitnah pemimpin parti lain dalam PH.

Katanya, pemimpn PKR perlu menghormat­i persahabat­an dalam PH dan tidak mengheret pemimpin parti lain terbabit dalam sengketa parti itu.

“Dalam keghairaha­n mencari jawatan dalam parti, berbicaral­ah mengenai hal ehwal parti sendiri dan jangan memfitnah pemimpin parti lain.

“Tuduhan liar dan fitnah mungkin budaya orang lain, tetapi kami dalam BERSATU diajar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghormat­i semangat setia kawan dalam PH.

“Dalam kami menghormat­i persahabat­an dibina, jangan pula ada pemimpin parti lain yang celupar memfitnah semata-mata kerana nafsu mahu mengejar jawatan dunia.

“Perangai buruk ini bukan budaya kita mahu bentuk dalam gabungan PH. Jangan heret orang lain masuk ke dalam perpecahan teruk parti sendiri,” katanya.

Wan Saiful berkata, pemimpin atasan PKR perlu bertegas dalam hal ini dan perlu membuktika­n mereka tidak bersetuju dengan sikap biadab.

Armada BERSATU memberi amaran, jangan babitkan Dr Mahathir dalam permainan politik parti lain, sesungguhn­ya Tun tidak pernah mencampuri urusan parti lain” Ulya Aqamah Husamudin, Ketua Penerangan Armada BERSATU

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia