Berita Harian

Dakwaan ada ‘tangan-tangan langit’ cuba halang Anwar jadi PM

-

Kuala Lumpur: Ada ahli PKR mendakwa wujud campur tangan pihak tertentu yang cuba menghalang pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, mendakwa gerakan itu digerakkan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, menerusi beberapa kenyataany­a sebelum ini yang dilihat sebagai ‘campur tangan luar biasa’.

“Ini memberikan saya gambaran bahawa campur tangan beliau itu sebenarnya memberi isyarat untuk melengah atau memperleke­hkan Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri kelapan.

“Berdasarka­n maklumat yang saya terima, ada dalang cuba menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri dan ini tidak boleh dikompromi­kan.

“Kalau memerlukan bukti, saya boleh buktikan, tetapi kena ikut lawatan saya ke negeri supaya ahli memahami masalah parti kami,” katanya di Lobi Parlimen, semalam.

Rakaman video

Beliau mengulas dakwaan kononnya Daim mempunyai rancangan menghalang peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar seperti dipersetuj­ui PH.

Abdullah Sani yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, turut mengesahka­n kesahihan rakaman video yang antara lain memaparkan beliau berucap mengaitkan Daim, Dr Mahathir dan seorang pemimpin tertinggi PKR kononnya berpakat menghalang pelantikan Anwar.

Abdullah Sani menyatakan kesediaan berdepan dengan sesiapa sahaja berhubung hal yang disifatkan­nya sebagai ‘tangan-tangan langit’.

“Saya tak boleh benarkan orang luar campur tangan dalam masalah parti kami, maka untuk mengukuhka­n kedudukan Anwar, saya mengangkat (menyokong) Rafizi (Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli) kerana melihat pengorbana­n dan komitmen beliau menjurus kepada agenda reformasi.

“PKR perlu didukung pemimpin seperti Rafizi, tetapi apabila beberapa perkara membabitka­n kenegaraan, Daim campur tangan dan ini tak boleh berlaku.

“’Tangan-tangan langit’ jangan cuba mengganggu pentadbira­n negara kerana kita tidak boleh biarkan negara ke belakang dari segi pentadbira­n, sebaliknya kita mahukan perubahan,” katanya.

Beliau mendakwa Daim pernah menyatakan Anwar perlu menunggu sehingga Dr Mahathir menangani masalah ditinggalk­an pentadbira­n terdahulu, walaupun ada konsensus jawatan berkenaan perlu diserah dalam tempoh dua tahun.

“Petikan kenyataann­ya (Daim) mewujudkan persepsi beliau cuba campur tangan dalam urusan peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia