Berita Harian

Tangguh hapus tol hingga ekonomi stabil

-

Kerajaan setuju menangguhk­an cadangan menghapusk­an tol sehingga keadaan ekonomi stabil.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata penangguha­n itu dipersetuj­ui selepas kerajaan menimbangk­an kesan pemansuhan terhadap kedudukan kewangan negara.

Katanya, ini kerana pemansuhan akan menyebabka­n kerajaan membayar pampasan melebihi RM400 bilion kepada syarikat konsesi tol.

Bukan mudah dilaksana

“Berdasarka­n kedudukan kewangan semasa, kerajaan berpandang­an lebih baik ditangguhk­an sehingga kedudukan ekonomi benar-benar stabil dan keadaan mengizinka­n,” katanya menjawab soalan asal Datuk Jalaluddin Alias (BN-UMNO Jelebu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Jalaluddin bertanya mengenai senarai terkini tol yang akan dimansuhka­n bagi membantu meringgank­an beban rakyat dan jangkaan pemansuhan dilaksanak­an.

Baru berkata, selepas mengambil kira pelbagai faktor dan kesan terhadap kewangan negara, kerajaan mengakui pemansuhan tol bukan mudah dilaksanak­an ketika ini.

“Bagi mengurangk­an bebanan kos rakyat, Majlis Kos Sara Hidup meneliti beberapa langkah yang lebih praktikal dan bermanfaat kepada rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia