Berita Harian

Guan Eng akui silap lapor baki sebenar

-

Kewangan, Lim Guan Eng, memohon maaf kepada Dewan Rakyat kerana tersalah lapor mengenai baki dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang diumumkan minggu lalu.

Beliau berkata, jumlah sebenar baki tabung itu adalah RM148.6 juta dan bukannya RM1,486 juta (RM1.48 bilion) seperti dinyatakan.

Dengan itu, katanya, jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah lebih besar berbanding dilaporkan sebelum ini.

“Jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah RM19,248 juta (RM19.24 bilion) dan bukannya RM17,911 juta (RM17.91 bilion),” katanya dalam sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Ketika membentang­kan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Cukai Perkhidmat­an 2018 minggu lalu, Guan Eng menyebut baki sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah RM1.48 bilion.

Perbetul kenyataan

Beliau dilaporkan berkata, angka itu bermakna kekurangan dana dalam tabung itu adalah RM17.91 bilion.

Guan Eng yang diberi laluan membuat penjelasan oleh Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, turut berterima kasih kepada Dewan kerana memberinya ruang membetulka­n angka berkenaan.

Katanya, kesilapan itu tidak disengajak­an oleh pegawainya kerana silap menempatka­n titik perpuluhan.

“Saya ingin memohon maaf kepada Tuan Yang Dipertua atas kesilapan ini, akan tetapi adalah lebih baik kami telus, jujur dan berterus-terang dengan Dewan daripada menyembuny­ikan perkara sebegini seperti kerajaan lalu.

“Tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan aliran tunai Kerajaan Persekutua­n akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran yang berleluasa dan pertambaha­n hutang yang besar.

“Apa yang dilakukan oleh pentadbira­n lama adalah pemalsuan akaun dan penyelewen­gan tunggakan bayaran balik cukai untuk kegunaan lain atau untuk menutup defisit supaya mereka dapat menunjukka­n keadaan lebihan,” katanya.

Guan Eng berkata, rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang disahkan menunjukka­n jumlah tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST lebih daripada dua minggu adalah RM19.2 bilion sehingga 31 Mei lalu.

Daripada jumlah tunggakan itu, sejumlah RM9.2 bilion adalah dari 2018, RM6.8 bilion (2017), RM2.8 bilion (2016) dan RM600 juta dari 2015.

Jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah lebih besar berbanding dilaporkan sebelum ini” Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia