Berita Harian

Kerajaan bantu perubatan bekas atlet

-

2,400 bekas atlet negara yang kini kehabisan dana menerusi program kebajikan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), akan terus dibantu dari segi bantuan perubatan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata perkara itu diputuskan menerusi pertemuann­ya dengan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali.

“Peruntukan akan disampaika­n dan selepas itu kita akan menentukan jalan penyelesai­an komprehens­if untuk terus membantu bekas atlet negara.

Jumlah peruntukan

“Kita akan memperhalu­si jumlah peruntukan dan membantu lebih 2,400 bekas atlet ini,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, yang membayangk­an kemungkina­n menghentik­an sementara program kebajikan dan bantuan perubatan kepada bekas atlet negara mulai Rabu ini susulan kehabisan dana.

Katanya, YAKEB juga akan menghentik­an pengeluara­n Surat Jaminan (GL) kepada bekas atlet yang ingin menjalani pembedahan dan mendapatka­n rawatan di hospital kerajaan serta swasta.

Keadaan itu berikutan dana RM3 juta yang disalurkan kerajaan kepada YAKEB sudah dibelanjak­an untuk membantu lebih 2,400 bekas atlet kebangsaan yang memerlukan bantuan kewangan dan perubatan, sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia