Berita Harian

SPRM digesa siasat status pengambila­lihan

-

Putrajaya: Kakitangan bas awam Nadi Putra mempersoal­kan status pengambila­lihan syarikat pengurusan bas awam itu yang disediakan untuk penduduk Putrajaya dan kawasan sekitarnya, yang dikhuatiri dilakukan tanpa mengikut prosedur sepatutnya.

Justeru, laporan polis dibuat kakitangan syarikat bas itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini, semalam sebelum laporan mengenai isu sama dimajukan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden Kesatuan Bas Nadi Putra, Noorhisham Nuruddin berkata, pengambila­lihan saham syarikat pengendali bas itu, Putrajaya Travels & Tours Sdn Bhd (PAPTT) daripada Perbadanan Putrajaya diragui kerana dikhuatiri tidak mengikut prosedur serta tiada disertai pelupusan aset.

Beliau berkata, pengangkut­an awam PAPTT adalah di bawah jagaan Perbadanan Putrajaya sehingga Disember 2017, sebelum ia diambil alih syarikat swasta, GETS Global Sdn Bhd (GETS Global).

Sistem tender terbuka

“Sebelum ini PAPTT dikenali sebagai Nadi Putra adalah aset kerajaan dan sewajarnya proses pengambila­lihan perlu melalui sistem tender terbuka.

“Pengambila­lihan saham syarikat daripada Perbadanan Putrajaya ini diragui, malah majlis menandatan­gani penyerahan saham PAPTT dilakukan hanya beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) turut menimbulka­n keraguan motif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai 180 kakitangan Nadi Putra yang berkumpul di SPRM bagi menyerahka­n laporan mengenai penyelewen­gan dan isu pengambila­lihan bas awam itu.

BH Jumaat lalu mendedahka­n isu kemerosota­n bas awam Nadi Putra yang menjejaska­n imej Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n itu, apabila gagal mematuhi jadual perjalanan serta sering lewat sehingga menyusahka­n pengguna.

Ia dikatakan ada kaitan dengan masalah pengurusan serta isu penyelengg­araan bas menyebabka­n hanya lapan laluan membabitka­n jarak 224 kilometer (km) beroperasi ketika ini, berbanding keseluruha­n 52 laluan atau 1,418 km sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia