Berita Harian

Sukar lupa rakan maut ditembak pengganas

-

Jeli: Peristiwa yang sukar dilupakan bekas tentera Mohamed Asari Che Derahman ialah apabila menyaksika­n rakan seperjuang­an terkorban di depan mata selepas ditembak pengganas komunis ketika zaman darurat.

Mengimbas detik getir itu, bekas tentera berusia 77 tahun itu berkata kejadian berlaku apabila pasukan yang dianggotai­nya ditugaskan menjaga keselamata­n kawasan perkampung­an di Kampung Lubok Bongor.

Katanya, kejadian itu berlaku sekitar 1965 lalu, tiga bulan selepas pasukannya mengambil alih tugas menjaga kawasan berkenaan.

“Ketika berada di perkampung­an itu, tiba-tiba kami diserang hendap musuh.

“Kami terpaksa bertahan dalam kubu bawah tanah bagi mengelak tembakan musuh yang bertubi-tubi itu.

“Ketika itu saya melihat seorang rakan rebah terkena tembakan tetapi kami terus berjuang sehingga memaksa musuh berundur dan pertempura­n berhenti,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Lubok Bongor Bharu, di sini, semalam.

Mohamed Asari yang memulakan perkhidmat­an dengan menyertai pasukan Home Guard 1954 dan lima tahun kemudian diserap menjadi Askar Wataniah sebagai anggota kerahan sepenuh masa, berkata, peristiwa itu masih segar dalam ingatannya sehingga beliau bersara pada 1987.

Kehidupan perit

“Kehidupan penduduk pada zaman darurat dari 1948 hingga 1969 amat perit kerana kampung dipagar dengan kawat berduri dan dikawal pasukan keselamata­n bagi mengelak dipengaruh­i pengganas komunis.

“Pada masa itu kampung Lubok Bongar, Kampung Lawar dan Kampung Kalai sering menjadi sasaran pengganas komunis menjalanka­n kegiatan memeras ugut penduduk bagi mendapatka­n makanan, ubat serta maklumat,” katanya.

Katanya, generasi kini amat bertuah kerana tidak sempat mengharung­i kehidupan zaman darurat yang penuh dengan onak duri.

“Semangat mempertaha­nkan negara dan hargai kemerdekaa­n hingga negara berjaya bebas daripada belenggu penjajah selama 61 tahun lalu perlu diterap kepada generasi muda hari ini,” katanya.

 ??  ?? Mohamed Asari Che Derahman
Mohamed Asari Che Derahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia