Berita Harian

Usah usik keistimewa­an Melayu, Islam

Rakyat perlu lebih berhati-hati suarakan pandangan: Sultan Kedah

- Oleh Petah Wazzan Iskandar wazzan@nstp.com.my

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah, meminta rakyat tidak terlalu taasub dan berfikiran secara liberal serta perlakuan yang boleh menggugat kesejahter­aan masyarakat.

Baginda bertitah, masyarakat hari ini lebih kerap membincang­kan perbezaan daripada penyatuan sedangkan kepelbagai­an sepatutnya diterima sebagai satu anugerah serta rahmat.

“Rakyat perlu lebih berhati-hati dalam menyuaraka­n pandangan bak ungkapan ‘ibarat berjalan peliharala­h kaki, berkata peliharala­h lidah’ kerana luka sangat mudah terjadi, tetapi terlalu payah untuk sembuh.

“Wujud kecenderun­gan menggugat perpaduan kita. Isu nostalgia bangsa, sensitivit­i kaum, agama dan kepercayaa­n ditimbulka­n secara sengaja yang dilakukan atas dasar liberalism­e dan keterbukaa­n serta kebebasan bersuara.

“Ramai berpandang­an adalah hak mereka menyatakan apa jua yang difikir dan orang lain tidak berhak menghalang. Namun, kewujudan institusi diraja, pengiktira­fan Melayu, Islam sebagai agama rasmi, dan kedudukan istimewa orang Melayu usahlah diusik selaras Perlembaga­an Persekutua­n 1957 yang menekankan kebalnya unsur tradisi,” titahnya.

Baginda bertitah pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Negeri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman, di sini, semalam.

Turut berangkat, Sultanah Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff dan Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan isteri, Tok Puan Norzieta Zakaria.

Permuafaka­tan dimeterai

Sultan Sallehuddi­n bertitah, permuafaka­tan sudah dimeterai kemas yang kemudianny­a membentuk kandungan Perlembaga­an Persekutua­n dan semangat yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

“Pakatan murni yang dipersetuj­ui adalah cerminan sikap tolak ansur pribumi terhadap pelbagai kaum lain dan diterima sebagai sebuah kontrak sosial dengan hasrat menjamin keharmonia­n

“Jangan berlagak semacam orang kenyang, kalau dijamu lauk yang sedap pun, berkata tawar,” titahnya.

Mengulas lanjut, baginda bertitah, pemimpin dan pentadbir tanpa integriti umpama pohon yang tidak berdaun dan tidak berbuah, yang tidak dapat memberi sebarang manfaat.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID /BH] ?? Sultan Sallehuddi­n, Tengku Maliha serta Mukhriz pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Negeri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah Ke-14 di Alor Setar, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID /BH] Sultan Sallehuddi­n, Tengku Maliha serta Mukhriz pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Negeri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah Ke-14 di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia