Berita Harian

Guru besar hadapi tuduhan pecah amanah

-

Alor Setar: Seorang guru besar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tujuh pertuduhan pecah amanah sebanyak RM28,893.60 membabitka­n program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) lapan tahun lalu.

Tertuduh, M Muthu Samy, 56, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan minta dibicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, beliau yang ketika itu bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Bukit Mertajam, Kulim, didakwa melakukan pecah amanah membabitka­n dua cek berjumlah RM3,661.20 dan RM7,322.40.

Cek itu sepatutnya dibayar kepada pembekal RMT, S Savunthara­m bagi bulan Januari hingga Mac 2010 di sebuah bank di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani pada 5 April 2010, namun tiada bayaran dibuat kepadanya.

Bagi pertuduhan ketiga, Muthu Samy didakwa melakukan kesalahan sama membabitka­n cek berjumlah RM8,339.40 yang sepatutnya dibayar kepada Savunthara­m bagi bulan April dan Mei 2010 di sebuah bank pada 10 Jun 2010.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, beliau didakwa melakukan kesalahan pecah amanah membabitka­n tiga cek berjumlah RM1,017, RM145.80 dan RM4,474.80 yang sepatutnya dibayar kepada pembekal sama bagi bulan Oktober dan November 2010.

Pertuduhan terakhir, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pecah amanah membabitka­n cek bernilai RM3,933 yang sepatutnya dibayar kepada Savunthara­m bagi Mei 2011.

Dia didakwa melakukan kesalahan pecah amanah jenayah berkaitan harta yang boleh dihukum mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia